Seorang wanita maut ditetak di kepala dengan parang dan kapak oleh adik lelakinya dalam di Jalan Indah 10 Jintang Utara semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, kejadian berlaku pada jam 6.30 petang ketika mangsa berusia lewat 30-an baru pulang dari tempat kerja.
Menurutnya, suspek mengamuk dan menetak beberapa kali kepala mangsa menggunakan parang dan kapak di ruang tamu sebelum disahkan maut di lokasi kejadian.
"Siasatan awal mendapati punca suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan pemilikan rumah yang diduduki oleh mangsa bersama keluarganya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, suspek kini ditahan untuk permohonan reman hari ini dan senjata yang digunakan telah dirampas.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber: Sinar Harian
from Sehinggit Media News https://ift.tt/37SvHlG
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2T8etvu
via MerahHatiCintaku.blogspot.com