Tanggungjawab lelaki terus berubah apabila saat Aku Terima Nikahnya dilafazkan. Bukan hanya janji semata-mata tetapi perlu seiring dengan perlakuan.
Dalam hidup berumah tangga tidak boleh ada sikap pentingkan diri sendiri. Tanamkan sikap tolak ansur dan sentiasa menerima kekurangan pasangan.
Begitu juga suami tidak terlepas tanggungjawabnya menyediakan nafkah buat isteri dan anak walaupun isterinya turut bekerja.
Cuma nafkah yang wajib disediakan suami itu berdasarkan kemampuannya serta bersesuaian dengan keperluan isteri dan anak.
Bagi suami selain memberi nafkah yang wajib, jangan terlalu berkira dengan isteri. Sekali sekala apa salahnya gembirakan hati isteri yang berpenat lelah menguruskan anak-anak selain isteri juga diibaratkan pembawa rezeki.
Itu yang dipegang oleh pelakon Aeril Zafrel apabila berkongsi pendapatnya setelah menjalani liku-liku kehidupan sebagai suami selama tujuh tahun.
Susah macam mana pun laluan hidup berumahtangga ..kau kena yakin bahawa seorang isteri ni sebenarnya pembawa rezeki..yang penting kau tak kedekut tunaikan apa yang dia perlu... pic.twitter.com/613FJzTSY2— AERIL ZAFREL (@aerilzafrel) December 13, 2019
Dalam rezeki suami, ada rezeki isteri
Sumber: Twitter Aeril Zafrel via https://ift.tt/2ByeaBO
from Sehinggit Media News https://ift.tt/3c5mZnF
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2vekH50
via MerahHatiCintaku.blogspot.com