Thursday, 27 February 2020

Geram Anak Kencing Atas Tilam, Ibu Rendam Kepala Bayi 2 Tahun Hingga Mati


Seorang ibu dua anak dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun kerana didapati bersalah melemaskan anak perempuannya yang berusia dua tahun dengan memegang kepala anaknya dan memasukkannya ke dalam air hampir empat tahun yang lalu.

Wanita 28 tahun itu telah disabitkan kesalahan pada bulan Jun 2019 berkenaan dengan pembunuhan dan dua tuduhan bertindak dengan cara yang memudaratkan seorang kanak-kanak namun dia dibebaskan dari pembunuhan darjah kedua.

Seorang juri juga mendapati bahawa wanita itu bersalah atas cubaan serangan darjah pertama dengan membenamkan kepala anak lelakinya ke dalam air sehari sebelum kematian anak perempuannya.



Pendakwa berkata pada 13 Mac 2016, suspek membawa anak perempuannya ke dalam bilik air untuk ‘mendisiplinkan’ anak kecil itu yang dikatakan kencing di atas tilam.

Semasa perbicaraan wanita itu, peguam yang membelanya bercakap mengenai ‘kesukaran’ anak guamnya untuk membesarkan anak di China dan keadaan hidupnya yang menyedihkan di bahagian Sunset Park di Brooklyn.

Peguam tersebut menyifatkan suspek sebagai ibu yang penyayang dan berkata dia menyalahkan dirinya setiap hari untuk apa yang berlaku.

Namun, seorang pegawai penguatkuasa undang-undang mengatakan dalam wawancara video bahawa wanita itu telah mengaku menolak kepala anak perempuannya di dalam air dan meninggalkan bilik tersebut.

Sumber:Daily Mail via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2HZKaSv
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2wd36u9
via MerahHatiCintaku.blogspot.com