Saturday, 22 February 2020

Inilah Cara Solat Sunat Taubat Agar Setiap Hari Dada Rasa Tenang


Solat taubat kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Selepas itu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati macam seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu Insha AllaH tanda taubat AllaH dah terima.

Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.

Cara Solat Sunat Taubat

Bersihkan diri. Ambil wudhu.

Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).


Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu betul- betul tenang. Selepas itu baru niat.

(Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala)

4. Baca doa Iftitah dan al-Fatihah macam biasa.

5. Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1 kali. Kalau ada yang tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je.

6. Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1 kali. Bila sampai waktu sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s.


Bacalah 10 kali atau 20 kali atau 30 kali.. Ikut suka.

Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.Kita berada dalam keadaan hina sehina-hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama.

7. Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.

8. Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yang panjang sikit..

Astaghfirullahal’adziim  atau


Baca seberapa banyak yang kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah.Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do’a.

9. Bila berdo’a, kita kena betul-betul menyesal dengan dosa-dosa kita. Mohon Allah ampunkan dan terima taubat kita. Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dalam Bahasa Melayu.Luahkan apa yang terbuku dekat hati tu.Menangislah.. Merayulah.. Mohon Allah ampunkan dosa tu.

Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dengan Allah.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita. Kejap lagi kita mati..Agak-agaknya apa kita akan mohon pada Allah?

Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pun takpa.

Dah selesai berdoa, tutup doa kita tu dengan:


Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.Tengok apa yang boleh kita perbaiki lepas ni.

Imam al-Ghazali ada cakap, tanda hati kita sudah mula hitam:

1. Bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
2. Hilang kemanisan beribadah
3. Hati tak makan nasihat.

Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih

Semoga panduan ini dapat membantu kita dalam melakukan solat sunat taubat dengan sebaik mungkin.

Semoga Allah SWT menerima taubat kita dan membersihkan jiwa-jiwa kita daripada kegelapan dosa dan maksiat

Sumber: Nuremyliya Abdullah


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2VgHMyu
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2HNACtD
via MerahHatiCintaku.blogspot.com