Saturday, 22 February 2020

Wanita Warga Tempatan Positif COVID-19 Pulih Sepenuhnya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kredit Gambar: New Straits Times

Seorang wanita berusia 40 tahun berstatus warganegara Malaysia yang disahkan positif COVID-19 telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang petang semalam.

“Wanita berkenaan adalah kes ke-13 yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan disahkan positif COVID-19 pada 5 Februari lepas.” Kata Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.

Beliau berkata “Ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang telah pulih sepenuhnya dan discaj sehingga hari ini adalah sebanyak 18 orang dengan empat masih dirawat di wad dan kesemua mereka berada dalam keadaan stabil,” 

Baca: Beberapa langkah mengekang jangkitan koronavirus

Dr. Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan setakat 23 Februari lepas, secara kumulatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan sebanyak 22 kes COVID-19 termasuk 20 kes import atau dari luar iaitu kes yang mempunyai sejarah perjalanan dari atau tinggal di luar negara, khususnya dari China.

Baca: Kunyit Hitam BlackG Hasil Kajian Mardi Berkualiti Tinggi

Baki dua kes lagi adalah dalam kalangan ahli keluarga kepada satu daripada kes COVID-19 yang merupakan warga Malaysia.

“Mengambil kira dapatan ini, KKM telah bertindak proaktif dengan memperkukuhkan Survelan COVID-19 bagi mengesan kes dalam kalangan masyarakat tempatan.

“Sistem survelan ini mengguna pakai konsep yang sedia dilaksanakan bagi Sistem Survelan Influenza – iaitu melalui pengesanan kes jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan pengesanan kes influenza-like illness (ILI) yang memenuhi kriteria, masing-masing di peringkat hospital serta Klinik Kesihatan yang telah dikenal pasti,” katanya.

Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga kini tiada sampel dikesan positif COVID-19 daripada sejumlah sampel yang telah diambil dan diuji melalui sistem survelan tersebut.

Pengukuhan pengesanan dalam kalangan kes SARI telah dimulakan sejak 12 Februari lepas manakala pengukuhan pengesanan dalam kalangan kes ILI pula telah dimulakan pada 22 Februari lepas.

Sumber: Bernama



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2VcUK0g
via Denaihati.com