KUALA LUMPUR: “Yang di-Pertuan Agong sudah membuat keputusan untuk tidak berjumpa dengan saya lagi.”
Demikian kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media khas di Yayasan al-Bukhary di sini hari ini.
Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah membuat keputusan untuk tidak berjumpa dengan beliau lagi.
Ini kerana, baginda sudah berkenan melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.
“Itulah situasi sekarang.
“Saya tidak dapat berkomunikasi dengan pihak Istana Negara. Saya tidak ada peluang untuk memberitahu Raja bahawa Muhyiddin tidak mempunyai sokongan majoriti
“Muhyiddin akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada pukul 10:30 pagi walaupun kami mempunyai 114 Ahli Parlimen yang menyokong kami,” katanya.
Tegas beliau, majlis angkat sumpah di Istana Negara pagi ini menyaksikan seorang ahli parlimen yang tidak mempunyai sokongan majoriti dilantik bagi menubuhkan kerajaan.
“Yang kalah akan tubuhkan kerajaan, manakala yang menang jadi pembangkang.
“Ini satu situasi yang pelik,” katanya.
Pada Sabtu, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Sumber: Astro Awani
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2VvueiR
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/38eAHBk
via MerahHatiCintaku.blogspot.com