Monday, 24 February 2020

Cikgu Fadli Berang Tonton Video Ustazah Merangkak, Sanggup Guna Duit Simpanan Jika Perlu Khidmat Guaman


Hari ini tular sebuah video yang dipercayai dirakam oleh seorang wanita menyuruh ustazah kepada anaknya untuk merangkak mengelilingi kelas di depan murid-murid lain.

Wanita yang dipercayai ibu kepada sorang murid yang didenda sehari sebelum kejadian memalukan ini berlaku. Cikgu Mohd Fadli Salleh ternyata berang dengan kejadian itu dan mendakwa video itu ditularkan dengan niat memalukan ustazah tersebut.

Ini kenyataan penuh cikgu Fadli Salleh mengenai kejadian tersebut.

Ini biadab. Sangat!

Seorang ibu dipercayai ke sekolah anaknya dan memaksa ustazah merangkak dan merakam video ustazah itu merangkak kemudian menularkan dengan niat memalukan.

Konon dia telah menang. Konon dia berjaya melindungi anak dia. Konon dia berjaya membalas dendam kerana anak dia disuruh merangkak sehari sebelum itu.

Biadab gila!


Perangai macam ini, datang dengan niat buruk kepada ustazah yang mengajar ilmu agama. Memaksa ustazah tu merangkak sambil merakam dan memperlekehkan.

Kau tak suka anak didenda tak payah hantar anak ke sekolah la mak cik. Kau ajar sendiri. Masalahnya kau pun tak pandai nak ajar anak, orang tolong ajar bukan nak berterima kasih, tapi datang nak memalukan pula.

Ustazah tu agaknya panik dan ketakutan. Main ikut sahaja kehendak mak cik hiblis ni. Eh, panas betul hati aku tengok video ni.

Betapa orang tak ada akal datang merendah-rendahkan seorang ustazah yang mengajar mengenal kalam Tuhan. Diperlekeh dan dihina sebegini rupa.

Siapa tahu kes kat mana? Dan tolong mana-mana peguam wakilkan ustazah ini saman malu dan segala jenis saman yang boleh dikaitkan agar pelaku yang biadab ini dikenakan tindakan yang paling berat.

Jika ustazah tersebut tak mampu nak bayar kos guaman, aku sudi support. Kes guru/ustazah yang dihina begini secara terbuka tidak boleh lagi dibiarkan berleluasa.

Ini satu penghinaan yang amat pada adab menuntut ilmu!

P/s : Siapa tahu kes di mana dan kenal ustazah ini, bagitahu beliau saya akan menyokong penuh beliau. Jika perlukan bantuan kos guaman, saya rela keluarkan duit simpanan saya untuk bantu beliau.

Penghinaan sebegini terlalu aib untuk beliau dan beliau harus mengambil tindakan. Tolong sampaikan pesan saya ini kepada yang mengenali beliau.

#MFS

Cikgu Fadli juga menggesa kepada sesiapa yang mengenali ustazah tersebut untuk menghubunginya dan jika perlukan khidmat guaman beliau sanggup mengeluarkan duitnya sendiri untuk membantu ustazah tersebut.


Sumber: Cikgu Fadli Salleh via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media News https://ift.tt/32owtFV
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/32q1Obs
via MerahHatiCintaku.blogspot.com