Monday, 24 February 2020

Netizen menitis air mata melihat video Ustazah dipaksa merangkak oleh seorang ibu biadab

Redvelvet Ira :  Sedih tengok video ini. Menitis air mata saya melihat seorang ustazah diperlakukan begini. Anak puan itu tak akan berjaya di dunia dan akhirat kerana telah menjatuhkan aib seseorang guru. Betapa sedih dan pilunya hati seorang pendidik diperlakukan seperti itu

Ini antara maklumbalas apabila pembaca membaca posting yang di kongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh di facebook beliau :

Ini biadab. Sangat!

Seorang ibu dipercayai ke sekolah anaknya dan memaksa ustazah merangkak dan merakam video ustazah itu merangkak kemudian menularkan dengan niat memalukan.

Konon dia telah menang. Konon dia berjaya melindungi anak dia. Konon dia berjaya membalas dendam kerana anak dia disuruh merangkak sehari sebelum itu.

Biadab gila!

Perangai macam ini, datang dengan niat buruk kepada ustazah yang mengajar ilmu agama. Memaksa ustazah tu merangkak sambil merakam dan memperlekehkan.

ustazah-kena-denda

Kau tak suka anak didenda tak payah hantar anak ke sekolah la mak cik. Kau ajar sendiri. Masalahnya kau pun tak pandai nak ajar anak, orang tolong ajar bukan nak berterima kasih, tapi datang nak memalukan pula.

Ustazah tu agaknya panik dan ketakutan. Main ikut sahaja kehendak mak cik hiblis ni. Eh, panas betul hati aku tengok video ni.

Betapa orang tak ada akal datang merendah-rendahkan seorang ustazah yang mengajar mengenal kalam Tuhan. Diperlekeh dan dihina sebegini rupa.

Siapa tahu kes kat mana? Dan tolong mana-mana peguam wakilkan ustazah ini saman malu dan segala jenis saman yang boleh dikaitkan agar pelaku yang biadab ini dikenakan tindakan yang paling berat.

Jika ustazah tersebut tak mampu nak bayar kos guaman, aku sudi support. Kes guru/ustazah yang dihina begini secara terbuka tidak boleh lagi dibiarkan berleluasa.

Ini satu penghinaan yang amat pada adab menuntut ilmu!

P/s : Siapa tahu kes di mana dan kenal ustazah ini, bagitahu beliau saya akan menyokong penuh beliau. Jika perlukan bantuan kos guaman, saya rela keluarkan duit simpanan saya untuk bantu beliau.

Penghinaan sebegini terlalu aib untuk beliau dan beliau harus mengambil tindakan. Tolong sampaikan pesan saya ini kepada yang mengenali beliau.

Faizal : Kena denda kat skolah pun tak leh terima. itu kan cara mendisiplinkan pelajar, apatah lagi kat umah. jentik pun tak pernah. klo rasa tak boleh. hantar la ank sekolah private. bayolah beribu, nilah segelintir ibubapa skrg. dah miskin tak nak ubah nasib. rasa diri je betul. esok anak dah besar tah jadi apa. jgn salahkn org lain. silap² kau tua pun ank sendiri tak hormat.

Adznah Ungas Adznell : inilah bezanya mak bapa kita dulu2 dgn mak bapa skrg. Dulu masa zaman sy skolah yang 90an..cikgu denda jln itik,berdiri atas meja atas kesalahan main smpi tak ingat masuk kelas..Balik rmh ngadu dgn mak, mak hambat lg dgn tali pinggang yela sbb nakal kn..alhamdulillah smpi skrg dok ingat pesan cikgu. Terima kasih buat cikgu yg mendidik saya.

Anna Rahman : bila ade parent mcm ni anak anak akan naik minyak la..dlm erti kata lain Kurang Ajar dan tidak bersopan..jangan pula salahkan institusi pendidikan atau sekolah kerana anak tu tida berjaya.

Mohd Fadli Salleh : Saat melihat video ustazah disuruh merangkak, aku sangat marah dan berang. Betapa maruah seorang ustazah yang mengajar ilmu agama dipijak henyak dengan penuh penghinaan.

Namun sebaik aku melihat anak-anak murid beliau dengan rela turut sama merangkak demi memuliakan ustazah kesayangan mereka, terus sebak menyerang dada.

Berdiri bulu roma aku, terharu dan kagum dengan akhlak anak-anak ini. Terlintas di kepala,

‘Bagaimana agaknya ustazah hebat ini mendidik akhlak murid-muridnya? Ingin aku berguru dengannya cara mendidik akhlak murid sebegini rupa.’

anak-murid-merangkak-dengan-ustazah

Meski pun wanita yang menyuruh ustazah itu merangkak mengarahkan murid-murid berhenti merangkak, namun anak-anak murid ini terus merangkak.

Mereka tidak sanggup melihat guru mereka dihina. Mereka sanggup terhina sama. Mereka sanggup menemani biarlah kotor seluar baju putih mereka.

Anak-anak ini, akal mereka belum cukup matang. Namun mereka sangat budiman dan terpuji bila tanpa disuruh sesiapa turun sama merangkak menemani ustazah yang dipaksa rela itu.

Allahu. Memang sebak sangat lihat ketulusan anak-anak itu.

Jika benar ustazah itu jahat, jika benar ustazah itu garang sehingga ramai murid benci dan tak suka padanya, adalah MUSTAHIL anak-anak murid yang penuh tulus itu akan turun sama merangkak bersamanya.

MUSTAHIL jika ustazah itu dibenci murid, murid akan menyokong beliau. Jika benar ustazah itu kejam dan selalu bertindak luar kawalan sewaktu menghukum, pastinya murid-murid itu gembira dan bertepuk tangan melihat ustazah mereka pula didenda.

NAMUN itu tidak berlaku!

Murid-murid dengan rendah diri turun merangkak sama. Mereka masih kecil untuk menentang wanita biadab yang menyuruh ustazah mereka merangkak. Namun jiwa mereka cukup besar dengan turun menemani ustazah tersebut.

Ternyata dan jelas semua kita dapat lihat, sebenarnya ustazah ini disayangi murid-muridnya.

Mungkin pernah ustazah tersebut tersalah dan terlebih semasa mendenda, namun jasa, pengorbanan dan kebaikan yang pernah ustazah itu curah pada murid-muridnya tidak terbanding dengan satu dua kesilapan kecilnya.

Dan jelas, anak kecil yang tidak matang ini begitu menghargai dan menghormati.

Terima kasih anak-anak murid sekalian kerana memuliakan gurumu saat ada yang datang menghina dengan sebegitu rupa.

Bergenang mata aku melihat keikhlasan murid-murid ini memuliakan guru mereka.

Tunduk hormat buat anak-anak didik yang terpuji akhlak mereka ini. 



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2Vjw1HC
via Denaihati.com