Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Sesibuk mana pun anda dan pasangan, pastikan anda berdua mempunyai waktu bersama untuk saling memahami antara satu sama lain. Tapi dalam sibuk-sibuk meraikan pasangan kesayangan tu, ada ke yang terfikir untuk memperbaiki hubungan sebagai suami isteri yang mungkin telah lama pudar.
Tanya pada diri anda, adakah baik cara layanan yang anda berikan pada pasangan anda? Selain memberi kasih sayang, pernahkah anda cuba untuk memenuhi impiannya demi lihatnya tersenyum dan berapa kali anda memberi pujian pada pasangan dalam sehari?
Baca : Sedihnya Hati Seorang Isteri Apabila Suaminya Malas Menunaikan Solat
Jadi, mari kita lihat antara tips untuk hangatkan kembali cinta anda kepada pasangan.
1. Nabi Muhammad SAW Suka Memberi Hadiah
Ya, sebagai seorang suami anda harus pandai mengambil hati isteri. Cukuplah dia telah mengandung dan melahirkan zuriat untuk anda, menjaga makan dan minum dan melayan anda meskipun sedang penat tanpa menghiraukan kebajikan diri sendiri kerana suami pun turut memainkan peranan penting dalam membina kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga. Beli lah hadiah mengikut kemampuan anda sahaja.
Nabi SAW bersabda: “Hendaklah kamu saling memberi hadiah , nescaya kamu akan saling mencintai.”
(HR. Al-Bukhari )
2. Nabi Muhammad SAW Suka Memuji
Semua orang suka bila dipuji. Bagaimana marah pun seseorang itu tetapi kalau dipuji, pasti hatinya akan sejuk serta-merta. Nabi gemar memuji isterinya dan baginda juga suka menggunakan bahasa-bahasa yang romantis apabila berkomunikasi dengan isterinya.
Contohnya nama panggilan yang sering digunakan oleh Nabi terhadap isterinya Aisyah RA adalah “Aish” yang bermaksud ‘Hidup’ atau “Humairah” yang bermaksud ‘Yang berpipi kemerah-merahan’.
3. Nabi Muhammad SAW Akan Saling Membantu Pasangan
Bukankah sebelum berkahwin anda telah berjanji dengan pasangan bahawa anda sanggup bersusah dan bersenang dengannya?
Jadi apabila salah seorang dari anda susah, pasangan yang satunya harus tampil membantu. Tidak kisah remeh mana sekalipun kesusahan itu, anda mesti bantu untuk ringankan beban pasangan.
4. Nabi Muhammad SAW Peruntukan Masa Dengan Pasangan
Kalau boleh luangkan masa dengan hanya anda berdua sahaja. Jika anda sudah mempunyai anak minta bantuan sesiapa untuk menjagakan anak anda seketika. Bawa pasangan pergi bersiar-siar, ambil angin, kongsi kegembiraan dan rasakan nikmat bahagia itu bersama.
Jangan jadikan anak-anak sebagai alasan untuk tidak mempunyai waktu bersama pasangan.
Baca : Cemburu seorang suami, 5 perkara yang isteri perlu tahu bila ia berlaku
Menurut riwayat, dikatakan bahawa Aisyah pernah memberitahu:
“Tiba-tiba muncul beberapa orang berkulit hitam dan membuat pertunjukan di hadapan baginda Rasul SAW pada hari raya. Lalu baginda Rasul SAW mengajak aku pergi menonton pertunjukkan itu. Maka aku dibiarkan baginda Rasul menonton dari atas bahunya sehingga aku merasa puas”.
5. Nabi Muhammad SAW Amalkan Sentuhan
Sudah sah sebagai suami isteri, jadi tiada apa yang boleh menghalang anda dari ‘melebih-lebih’ dengan pasangan. Rajin-rajinkanlah mengucup atau memeluk atau bersentuhan dengan cara apa pun bersama pasangan.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seorang suami melihat isterinya (dengan kasih sayang) dan isterinya pun melihatnya (dengan kasih sayang pula), maka Allah SWT melihat kedua-duanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang telapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah jari-jari tangan mereka”
(Riwayat Rafi’I dari Abu Sa’id)
Baca : Cabaran hidup suami isteri di akhir zaman, bagaimana untuk melaluinya?
Wallahua’lam. Dah baca klik share
Sumber : wanita
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3bWMvLU
via Denaihati.com