Monday, 17 February 2020

Banyak Kelebihan Isteri Berbadan Gempal. Suami Tak Kisah, Janji Sihat

Gambar Hiasan
Wanita sangat sensitif dengan fizikal mereka. Baik kurus mahupun gempal, sebaik-baiknya soal ini jangan dijadikan satu bahan ejekan. Biarpun mereka nampak tenang, tapi sebenarnya ia memberi impak kepada perasaan mereka. Dek kerana usikan yang kononnya hanya gurauan itu sebenarnya telah banyak menjadikan orang lain menjadi murung.

Ada wanita sanggup makan ubat kurus, telan pil pelangsingan atau minum jamu yang tidak diketahui keberkesanan dan keselamatannya semata-mata kerana mahu tampil kurus. Risau suami cari yang lain, takut suami ‘hilang selera’. Sebuah artikel di portal Tech Explorist mengatakan, suami yang mempunyai tubuh gempal sangat bahagia kerana faktor-faktor tertentu.

Tahukah Anda, Sebuah Kajian Yang Dijalankan Oleh UNAM’S Department Of Pychology Mendapati Lelaki Yang Terlibat Dalam Perhubungan Dengan Wanita Berisi Dikatakan 10 Kali Lebih Bahagia?

Pandai Selesaikan Masalah

Dalam kajian tersebut, ketika ditanyakan kepada para responden, mereka memberitahu biasanya wanita yang berbadan gempal ini lebih mudah mencari penyelasaian kepada sesuatu masalah kerana kemahiran kendiri yang lebih baik.


Mudah Terima Perubahan, Jenis Tak Kisah

Mereka juga dikatakan mudah untuk menerima sebarang perubahan dalam kehidupan. Rupa-rupanya inilah yang menjadi punca mengapa pasangan mereka dapat hidup lebih lama! (sudah tentu dengan ketentuan Tuhan juga kan?)

Selalu Senyum & Positif

Tambah menarik, para responden dalam kajian itu turut memberitahu kebanyakan pasangan mereka jika mempunyai tubuh yang lebih besar mudah melahirkan anak. Mereka juga sentiasa berfikiran positif dan selalu tersenyum. Keputusan hasil kajian tersebut sememangnya memeranjatkan, tetapi penting untuk kita ingat, cinta sejati sebenarnya tidak mengenal bentuk fizikal seseorang. Ya kan?

Sebenarnya, Normallah Jika Seorang Isteri Itu Risau Tubuhnya Besar. Katanya Hilang Seri Dan Selalu Sakit-Sakit Kakilah, Badanlah. Sebagai Suami Yang Penyayang Dan Sentiasa Menyokong Keadaan Isteri Anda, Salurkan Aura Positif Kepada Mereka.

Suami, Tunjuklah Rasa Sayang Anda Pada Mereka. Tak Susah Pun!

Tunjukkan yang anda ambil berat – Jika isteri bercerita atau berkongsi tentang kerisauan tentang bentuk badannya, pastikan anda bersikap terbuka dan menjadi pendengar yang baik. Sentiasa prihatin dengan apa yang mahu dia katakan.

Jauhi pengaruh jahat – Andainya isteri anda ditanyakan tentang bentuk badannya dengan cara yang kurang sesuai atau memalukan, segeralah ambil hati mereka. Jauhkan mereka dari sebarang pengaruh yang akan menggalakkan mereka untuk buat perkara-perkara yang tidak patut.

Bersenam bersama – Kalau isteri ada hasrat mahu mula bersenam, janganlah dikecam. Untuk menyokong niatnya itu, anda boleh bersenam dengannya. Sekurang-kurangnya apabila dia melihat kesungguhan anda menyokong, isteri akan lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti kecergasan itu.

Pujilah selalu – Lumrah seorang wanita, sukakan pujian. Apa lagi dari suaminya. Banyakkan memuji dan memberi kata-kata positif kepada isteri anda. Buat dia rasa dihargai dan tidak malu berhadapan dengan orang lain.

Pilih diet – Diet yang baik adalah jika ia baik untuk kesihatan dan tidak terlalu berat. Jika  isteri mahu melakukannya, pastikan anda sama-sama membuat carian maklumat tentang diet terbaik yang boleh isteri anda cuba dalam usaha menurunkan berat badannya.

Sumber: https://ift.tt/2ByeaBO


from Sehinggit Media News https://ift.tt/37BhKZn
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2uaUy6I
via MerahHatiCintaku.blogspot.com