Saturday, 8 February 2020

Berbakti kepada Ibu Bapa Selagi Mereka Masih Hidup

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Nikmat Rezeki Diperluas Berbakti Kepada Ibu Bapa

Setiap anak wajib memuliakan ibu bapa mereka kerana Allah SWT meletakkan darjat kedua-dua ibu bapa sangat istimewa dalam kehidupan seorang anak.

Ibu bapa merupakan insan yang telah menjaga dan membesarkan anak-anak dengan pelbagai karenah tanpa mengeluh penat dan lelah.

Dari seorang ibu yang berkorban menanggung sakit saat melahirkan seorang anak dan jasa seorang ayah yg bekerja penat lelah menjaga dan menyara keluarga.

Justeru, sebagai seorang anak adakah kita tidak mampu melihat segala jasa mereka, seterusnya menghargai pengorbanan mereka? Sedarlah bahawa anak yang merawat, memuliakan, berbakti dan menjaga ibu bapa akan dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat.

Anak yang memuliakan ibu bapanya akan mendapat ganjaran pahala. Ia bersamaan pahala berjihad dijalan Allah SWT kerana pengorbanan menjaga dan merawat ibu bapa dengan baik juga adalah sangat dituntut di dalam Islam

Memuliakan Ibu Bapa Satu Ibadah

Memuliakan ibu bapa juga adalah satu ibadah iaitu tidak sempurna amal ibadah seseorang anak jika beliau mengabaikan kebajikan ibu bapa. Jagalah ibu bapa dan anggaplah itu sebagai ibadah kita kerana apabila kita ikhlas, segalanya mudah dilakukan tanpa merasa ia suatu beban.

Selain itu, anak-anak yang memuliakan kedua-dua ibu bapanya juga dianugerahkan nikmat kebahagiaan dalam kehidupan.

Anak-anak juga turut dimurahkan rezekinya dari segi pelbagai cabang sama ada wang, makanan, ketenangan hati dan sebagainya.

Justeru, setiap anak-anak yang merawat ibu bapanya sudah pasti mendapat balasan Syurga kerana anak-anak yang menjaga ibu bapa dengan baik, mereka sudah pasti diberkati oleh Allah SWT dan dijanjikan syurga.

Ibu bapa juga mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya supaya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman iaitu di Syurga. Allah SWT mendengar setiap doa hambaNya.

Berbakti Ketika Hidup Dan Mati

Akhir sekali, berbakti kepada ibu bapa juga bukan sahaja terhad ketika mereka masih hidup malah walaupun sudah meninggal dunia, kita masih boleh berbakti kepada kedua-dua ibu bapa kita.

Antaranya memohon doa kepada Allah SWT semoga di ampunkan dosa-dosa mereka, menempatkan mereka di dalam syurga dan dijauhkan dari api neraka, bersedekah atau berwakaf atas nama kedua-dua ibu bapa agar pahalanya berkekalan.

Moga-moga dalam setiap kebaikan yang kita lakukan mendapat keberkatan hidup dunia akhirat serta ditempatkan ibu bapa kita di Syurga Allah SWT kelak nanti. InshaAllah.

Moga Bermanfaat.

Kredit: Tweet Islamik.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2vfgPQZ
via Denaihati.com