Wednesday, 19 February 2020

Dua Warga Iran Maut Positif COVID-19

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kredit gambar: Asia Times

Dua orang warga emas telah dilaporkan meninggal dunia di Iran kerana disyaki positif COVID-19 pada hari Rabu. Ini adalah kes pertama jangkitan yang muncul di Negara republik Islam tersebut.

Menurut agensi berita YJC, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia merupakan rakyat Iran dan penduduk di bandar suci Qom, sebuah bandar di Selatan Tehran.

Walau bagaimanapun, ia juga menjadi kes kematian pertama akibat daripada virus COVID-19 di Asia Barat dan menjadi mangsa ketujuh dan kelapan yang maut di luar China.

“Virus tersebut dikesan pada dua orang warga emas dengan masalah imuniti di Qom, selatan ibu negara Iran.” Kata jurucakap kementerian Kesihatan, Kianoush Jahanpour, dilaporkan oleh Agensi berita IRNA

Baca: Kunyit Hitam BlackG Hasil Kajian Mardi Berkualiti Tinggi

Bagaimanapun, menurut ketua unit penyakit berjangkit kementerian itu, kedua- dua individu tersebut difahamkan tidak pernah keluar dari Iran.

“Kedua-dua mereka adalah dari Qom dan datang mendapatkan rawatan dua hari lepas apabila mereka jatuh sakit. Mereka tidak pernah ada sejarah keluar negara,” kata Mohammad Mehdi Gouya.

“Malangnya kedua-dua orang tersebut meninggal dunia di dalam unit rawatan rapi kerana usia yang tua dan masalah dengan sistem ketahanan badan mereka,”

Kredit gambar: ismaweb

Di China, virus tersebut telah mengakibatkan lebih 2,000 kematian setakat ini. Menurut Asia Times, wabak penyakit COVID-19 baru-baru ini telah mengorbankan sehingga lapan orang di luar negara China.

Jaga kesihatan ya semua.

Baca: Beberapa langkah mengekang jangkitan koronavirus

Kredit: Siakap Keli



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/32hRnXu
via Denaihati.com