Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kami mencari anda yang berjiwa patriotik untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM105,00 melalui pertandingan video kreatif : Ekspresi Menjiwai Rukun Negara!
Pertandingan bermula 20 Februari sehingga 10 Mei 2020!
Muat turun logo Reboot di www.gpsbestari.com atau www.sinarharian.com.my bermula 10 Februari 2020;
Undi dan share penyertaan anda beramai-ramai bermula 20 Februari 2020;
Pemenang akan diumumkan pada 13 Mei 2020!

Video yang mendapat undian paling tinggi bakal memenangi hadiah bagi setiap kategori berikut:
- Kategori Sekolah Rendah (Hadiah RM10,000),
- Kategori Sekolah Menengah (Hadiah RM10,000),
- Kategori Keluarga (Hadiah RM10,000),
- Kategori Badan Beruniform (Hadiah RM10,000),
- Kategori IPT / Institusi Kemahiran (Hadiah RM10,000),
- Kategori JKKK (Hadiah RM10,000),
- Kategori NGO (Hadiah RM10,000), dan
- Kategori Khas Pilihan Sinar (Hadiah RM15,000)!
200 penyertaan terawal juga bakal menerima RM100 bagi setiap penyertaan!
Syarat penyertaan:
- Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia
- Video kreatif bertemakan Reboot: Jiwai Rukun Negara yang mengandungi mesej perpaduan dan keharmonian
- Konsep bebas, berdurasi 3 hingga 5 minit
- Bunyi / muzik latar hanya boleh menggunakan irama ciptaan sendiri
- Pengisian mestilah disampaikan dalam Bahasa Malaysia
- Kandungan tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum, agama, dan politik
- Hanya penyertaan video yang disertai dengan borang penyertaan sahaja dikira sah
- Keputusan pihak penganjur adalah muktamad
Cara penyertaan:
- Rekod video kreatif anda dengan keluarga, rakan, jiran atau komuniti anda
- Muat turun logo Reboot di www.gpsbestari.com/RebootJiwaiRukunNegara atau www.sinarharian.com.my/RebootJiwaiRukunNegara (bermula 10 Feb 2020)
- Muat naik video kreatif anda (lengkap dengan logo Reboot) berserta #MalaysiaHarmoni dan #KitalahMalaysia di akaun media sosial masing-masing
- Isi borang penyertaan secara online di www.gpsbestari.com atau www.sinarharian.com.my
- Video akan dimuat naik di www.gpsbestari.com atau www.sinarharian.com.my (mengikut kategori masing-masing) bermula 20 Februari 2020
- Mula mengundi!

Share dan sertai peraduan ini! Bersama kita semarakkan semangat perpaduan demi Malaysia! #MalaysiaHarmoni #KitalahMalaysia #JiwaiRukunNegara
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3brNxyV
via Denaihati.com