Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Astaghfirullahaladzim…
Astaghfirullahaladzim…
Astaghfirullahaladzim…
Hebatnya Kuasa Istighfar! Ungkapan yang amat mudah, tetapi untuk melazimi dalam menuturkannya amat sukar. Ini adalah ungkapan paling keramat buat kita yang bergelar pendosa.
Saban waktu tidak lari daripada melakukan dosa. Dengan rasa penyesalan sebagai sang pendosa, sentiasalah menuturkan astaghfirullahaladzim, kami memohon ampun kepadaMu ya ALLAH.
Beristighfarlah kerana Allah akan memberikan banyak kebaikan di dalamnya.
Rasulullah SAW bersabda,
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka.”
(Hadith Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i)
Bacalah ia dengan hati dan merasai sehingga ke dalam jiwa kita. Pasti Allah akan memudahkan segala urusan kita.
Baca : 7 Tips Untuk Memperoleh Rezeki Yang Melimpah Ruah
Tidak kiralah berapa banyaknya dosa kita, menggunung tinggi atau seluas lautan sekali pun dosa kita yang telah kita lakukan, Allah akan sentiasa menanti dan menerima taubat hamba-hambaNya.
Istighfar sahaja, mudah bukan? Jangan terlalu ikutkan rasa beratnya hati. Lafazkan sahaja, kemudian tekadkan di dalam hati untuk meninggalkan segala perbuatan dosa.
Ayuh kita menjadi seperti junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Baginda walaupun maksum dan sudah pun diampunkan dosa-dosanya yang lalu dan akan datang, tetapi Baginda tetap melazimi istiqamah melakukan taubat lebih daripada 70 kali sehari.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 0
“Demi Allah! Sesungguhnya aku memohon keampunan daripada Allah dan aku bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih daripada 70 kali.”
(Riwayat Al-Bukhari)
Anda sudah istighfar dan bertaubat hari ini? Kalau belum, ucapkanlah Astaghfirullahaladzim dengan penuh rasa cinta dan penyesalan.
Baca ; 5 Cara Bersyukur Dengan Mudah
Wallahua’lam. Dah baca? Klik share supaya bermanfaat untuk semua
kredit : IluvIslam
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3bLEmth
via Denaihati.com