Perkahwinan merupakan satu kenangan yang akan diabdikan sepanjang hayat bagi setiap pasangan. Namun apa yang akan jadi bila jika suami tercinta meminta izin untuk menikahi sekali lagi? Sudah pasti setiap wanita tidak tenang dan akan berfikir panjang.
Tapi lain pula cerita seorang wanita yang baik hati memberi keizinan kepada sang suami untuk berkahwin lain dan sanggup mengikuti proses ijab dan kabul kedua mempelai tersebut.
Tular di media sosial beberapa hari lalu di mana seorang isteri berpimpin tangan suaminya semasa dalam perjalanan ke masjid untuk melaksanakan majlis akad nikah. Apa yang lebih menarik perhatian netizen, sampainya di sebuah masjid di Indonesia wanita itu dilihati memeluk erat suaminya sambil membetulkan baju untuk tampil bergaya.
Dalam video yang tular itu juga menunjukkan isteri pertama yang memakai jubah serba hitam dan berniqab itu memimpin tangan bakal isteri kedua yang dikenakan dengan pakaian serba putih ketika menuju ke tempat ijab kabul.
Menurut petikan daripada Tribunnews, si isteri membantu menyiapkan perlengkapan pernikahan dan mengikuti proses ijab kabul. Suasana di masjid itu bertambah sedih apabila isteri kedua dan suaminya memohon restu kepada ibu bapa mereka sehingga mencium kaki ibu yang dikatakan ibu kepada isteri pertama.
Namun, disebalik perkahwinan mereka, si isteri pertama sudah memberi penjelasan sebenar kenapa beliau mengizinkan suaminya untuk berkahwin dua.
Kata wanita ini kepada Tribunnews, janganlah anda semua salah faham dengan tindakan saya dan suami. Suami tidak tahu apa-apa soal perkahwinan kedua ini. Perkahwinan ini beliau sendiri yang aturkan untuk membantu suaminya dalam perjuangan agama.
Semoga keluarga ini lebih bahagia di dunia dan akhirat.
Sumber: Tribunnews via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/31E6GJz
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/38dwJKf
via MerahHatiCintaku.blogspot.com