Menurut kepercayaan di Jepun, apabila ikan naga ditemukan terdampar di pantai, ia menunjukkan bahawa gempa bumi akan berlaku.
Penduduk di Miri gempar dengan penemuan seekor ikan naga atau nama saintifiknya Regalecus Glesne di Pasar Ikan Kampung Batu Satu, Kuala Baram, di sini pada Sabtu.
Orang awam begitu teruja sekali mendapat peluang melihat ikan tersebut yang panjangnya dianggarkan lebih 12 kaki.
Ikan naga atau oarfish ini adalah spesis laut dalam itu diletakkan di pasar tersebut untuk dijual.
Ada yang mengatakan isi ikan itu seakan-akan rasa ikan lumek atau nama saintifiknya Bombay Duck.
Ikan Naga adalah ikan tanpa tulang terpanjang di dunia. Panjangnya boleh mencapai 11 meter mengikut rekod yang pernah ditemui. Manakala rekod paling berat ikan ini yang pernah ditemui adalah 270 kg.
Ikan naga sangat jarang ditemui oleh manusia. Sebahagian memanggil ikan ini sebagai ikan gempa bumi kerena selalu ditemui sebelum dan selepas gempa bumi.
Pada tahun 2015 penduduk Pulau Lima telah terjumpa ikan naga sebanjang 4 meter terdampar di tepi pantai. Ikan naga adalah penghuni dasar laut pada kedalaman 300 hingga 1,000 meter. Kepercayaan masyarakat setempat berasaskan habibat ikan tersebut di laut dalam, jadi ia akan keluar apabila timbul situasi luar biasa di dasar yang antaranya berlaku gempa bumi.
Ikan naga pernah ditemui di pantai utara di Kota Cagayan de Oro di Mindanao sepanjang 4.5 meter. Kebetulan, dua hari sebelum itu berlaku gempa bumi 6.7 pada Skala Richter di Pulau Mindanao.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2S9dgEM
via Denaihati.com