Generasi muda kini ramai yang tidak tahu tentang khasiat memakan sayur-sayur segar serta ulam-ulaman. Memakan sayur-sayuran segar dan ulam-ulaman dapat memberikan kebaikan kepada tubuh badan manusia.
Ulam Raja ini sering dihidangkan sebagai pembuka selesa sejak zaman masyarakat Melayu lama dan gaya pemakanan ini masih di teruskan sehingga ke hari ini, cuma sayang generasi muda kurang gemar untuk memakan sayur-sayuran segar dan ulam-ulaman.
1. Melancarkan Peredaran Darah
Ulam Raja telah digunakan secara tradisi untuk menbantu melancarkan peredaran darah, mencuci darah dan menguatkan tulang. Ulam ini juga kaya dengan antioksida yang tinggi iaitu setiap 100gm Ulam Raja menyamai kandungan antioksida sebanyak 2,400mg L-asid askorbik. Dan sehingga kini terdapat lebih daripada 20 jenis bahan antioksida telah ditemui di dalam Ulam Raja ini.
2. Menambah Kandungan Oksigen Dalam Darah
Ulam Raja ini mampu menambah kandungan oksigen di dalam tubuh badan manusia di mana sayur Ulam Raja ini juga dapat memberi keseimbangan dan kesegaran pada seluruh tubuh badan.
Justeru itu tidak hairan mengapa masyarakat orang kampung pada zaman dahulu tidak memiliki sebarang penyakit kronik dan kekal cergas dan sihat kerana gaya pemakanan sayur Ulam Raja secara kerap dapat melindungi tubuh badan mereka.
3. Berfungsi Mencegah Bakteria Dan Fungus
Siapa sangka bahawa sayur Ulam Raja ini rupa-rupanya mampu mencegah bakteria dan fungus! Kajian yang dijalankan mendapati bahawa ekstrak daun Ulam Raja memiliki bahan kimia klorofom yang mengandungi costunolide, stigmasterol, lutien dan bipyridine.
Kandungan aktif ini mampu merencatkan aktitivi sesetengah bakteria atau fungus seperti Candida albicans, Bacillus subtilis dan E.coli. Dan ini membuatkan si pemakan Ulam Raja terhindar dari serangan bakteria serta fungus.
4. Mengekalkan Keremajaan
Dengan memakan Ulam Raja ini, si pemakan dapat mengekalkan keremajaan diri secara semulajadi. Gaya pemakanan yang sihat dan mengamalkan pemakanan Ulam Raja secara kerap memberikan kesan awet muda kerana Ulam Raja ini mampu membekalkan kandungan oksigen yang tinggi ke dalam darah dan sekaligus membuatkan kulit memiliki penyerapan yang bagus serta kulit wajah menjadi semakin anjal.
Selain itu, pemakanan sayur-sayuran hijau dapat melicinkan kulit serta memancarkan aura seri dari dalam tubuh si pemakan Ulam Raja.
5. Kaya Dengan Vitamin A Dan Antioksidan
Sayur Ulam Raja ini kaya dengan sumber vitamin A dan antioksidan, ia dapat membantu meningkatkan daya penglihatan dan mengurangkan kesan penuaan. Malah jika anda memiliki masalah kulit seperi psoriasis atau ekzema maka pengambilan sayur Ulam Raja ini dapat membantu sebagai salah satu cara alternatif untuk merawat masalah tersebut.
Tetapi jika anda memiliki masalah kulit yang terlalu serius, dinasihatkan untuk bertemu dengan doktor dan dapatkan nasihat pemakanan yang bersesuaian mengikut jenis penyakit yang dihidapi.
Nah, bayangkan Ulam Raja sahaja memiliki pelbagai khasiat yang bagus dan baik untuk tubuh badan manusia. Belum lagi digabung dengan sayur ulam-ulaman yang lain yang sudah tentunya dapat memberikan kesan kesihatan yang cukup baik untuk kesihatan tubuh badan manusia.
Justeru itu, wanista ingin menggalakkan generasi muda di Malaysia untuk kerap memakan sayur ulam-ulaman dan makan dengan gaya pemakanan yang sihat agar tubuh badan anda menjadi sihat, cergas dan minda kekal aktif.
Selamat menjamu selesa bersama Ulam Raja!
from Sehinggit Media News https://ift.tt/38Nxb1Q
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2v5cX57
via MerahHatiCintaku.blogspot.com