Saturday, 1 February 2020

Kes kematian di China meningkat kepada 304

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Wabak Koronavirus semakin lama semakin teruk dan sangat membahayakan kepada dunia waktu ini. Mana tidaknya, jumlah kematian yang direkodkan setakat ini di Hubei meningkat sebanyak 45 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 304 kes pada hari sabtu (1 Februari) malam, menurut laporan televisyen China.

Ini adalah sedutan Video Kronologi yang melanda dunia ketika ini.

Di wilayah Hubei yang terletak di tengah China, di mana virus tersebut bermula, mencatatkan 1,921 kes tambahan, menjadikan kesemuanya 9,074 jangkitan di wilayah itu.

Kebanyakan kes yang dilaporkan seperti kematian dan jangkitan virus 2019-nCoV bermula di wilayah Hubei yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Di seluruh negara China, jumlah jangkitan setakat ini telah melebihi 14,300 kes, menurut laporan agensi berita CNA. Ini adalah jumlah yang sangat tinggi. Berharap kepada semua ambil langkah lebih berjaga-jaga dengan keadaan sekarang.

Pada hari Jumaat, seorang pegawai tinggi kerajaan di Wuhan, bandar yang mempunyai 11 juta penduduk di mana kes pertama dilaporkan pada Disember 2019, melahirkan kekesalan kerana pihak berkuasa tempatan didakwa bertindak terlalu lambat.

Minggu lepas, kerajaan pusat China bertindak menutup Wuhan dan kawasan sekitarnya di wilayah Hubei, serta menyekat perjalanan di seluruh negara yang mempunyai 1.4 bilion penduduk itu.

Bagaimanapun, wabak itu telah tersebar luas ketika orang Cina merantau ke seluruh negara dan luar negara sempena cuti Tahun Baru Cina yang bermula 25 Jan lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak tersebut satu darurat kesihatan global, tetapi tidak mengesyorkan sebarang sekatan perdagangan atau perjalanan antarabangsa.

Setakat ini, virus tersebut telah dilaporkan di lebih 20 negara seluruh dunia.

Baca juga: Beberapa langkah mengekang jangkitan koronavirus

Baca juga: Doa Yang Diajar Oleh Rasulullah SAW Untuk Menolak Wabak & Penyakit

Beberapa negara mengambil langkah segera memindahkan warganegara mereka dari Wuhan, melibatkan ratusan warga Amerika Syarikat, Jepun, British, Perancis dan Korea Selatan juga termasuk negara Malaysia.

Baca juga: Malaysia perketatkan pintu masuk negara asbab wabak koronavirus

Kredit: Awani



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3b2IzbV
via Denaihati.com