Saturday, 8 February 2020

"Semua Suami Beli, Cubalah Cari Duit Sendiri...!!"


Jadi trending kan guna kotak utk sampaikan mesej...bila saya terbaca mesej diatas ni, trus saya fikir,

"Adakah isteri yg mengharapkan duit suami itu, isteri yg tak guna? Adakah menghabiskan duit suami itu, satu kesalahan? Berdosakah isteri sekiranya dia tidak menyumbang apa2 dalam bentuk kewangan kepada si suami?"

Biasalah, bila kita ditempat tersebut, kita mampu utk membeli sesuatu dgn usaha kita sendiri, terus kita "memandang rendah" pada mereka yg mengharapkan dan bergantung kpd DUIT SUAMI...

Mesej tu tak salah, tp jgnlah penyampaiannya seolah2 MEMPERLEKEHKAN mereka yg tidak ada pendapatan...

Utk pengetahuan kita semua, dalam duit suami, ada HAK ISTERI...antara 5 hak isteri dlm duit suami ialah,

- Makan minum
- Tempat tinggal
- Pakaian
- Perubatan
- Duit belanja


Tidaklah menjadi satu kesalahan andai isteri menggunakan duit suami utk beli barang dapur, beli kelengkapan rumah, beli baju, beli tudung, beli alat mekap, dan sebagainya...dan tidak juga menjadi satu kesalahan jika setiap kali keluar makan, suami yg bayarkan...

Jgn anggap mereka yg menggunakan duit suami itu TIN KOSONG...

Ada surirumah sepenuh masa yg ada Master, yg ada Ijazah...Ada surirumah sepenuh masa yg dahulunya pensyarah, jurutera, arkitek, pegawai dan sebagainya...Ada surirumah sepenuh masa yg dulunya gaji 6k, 5k, 4k...Ada surirumah sepenuh masa yg dah travel merata didalam negara dan diluar negara...

Dia tak kerja atau terpaksa berhenti kerja atas sebab tuntutan keluarga atau permintaan suami...Dia meletakkan perkara itu melebihi hal2 duniawi...Dia mengutamakan kehendak dan kemahuan org lain melebihi kehendak dan kemahuan sendiri...

Apa yg suami sediakan, dia pakai...apa yg suami beli, dia makan...apa yg suami bagi, dia guna...hidup seadanya ikut kemampuan suami...tak mengeluh, tak merungut...

Bukan biasa2 PENGORBANANNYA itu...

Tak hina jika menjadi seorang isteri yg hanya tahu menghabiskan duit suaminya...tak rendah martabat dan harga diri seorang isteri yg mengharapkan duit suaminya...

Itu adalah HAK seorang isteri ke atas duit suami dan dia menggunakan apa yg dia BERHAK...

Kalau hari ini awk diluar sana merupakan seorang wanita bekerjaya, yg ada pendapatan tetap, beribu2 setiap bulan awk dapat, maka jgn sesekali anggap atau pandang rendah pada mereka yg tidak berada ditempat anda...

Rezeki masing2 tak sama...awk lebih pada duit, dia yg xde duit lebih pada masa dgn keluarga...

In the end, hanya mereka yg menghargai dan bersyukur dgn apa yg mereka ada itulah mereka yg bahagia dan gembira...

Renung-renungkan...😊

Nota kaki : Selagi dia tak guna duit suami awk, maka biar je la eh...Suami dia ok ja isteri dia guna duit dia, awk jgn lebih sudu dari kuah plak...✌️

Sumber: FB Firdaus Shakirin


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2OE8ih7
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3bo4ZVh
via MerahHatiCintaku.blogspot.com