Sunday, 2 February 2020

Tak Tahan Asyik Diejek Gemuk, Lelaki Bunuh & Bakar Rakan


Body shaming bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita dan mereka yang melakukan body shaming pula seperti tiada rasa bersalah dengan tindakan mereka itu.

Tapi kebiasaannya body shaming ini banyak berlaku kepada mereka yang berbadan besar. Nampaknya, selepas ini anda perlu fikir banyak kali sebelum melakukan body shaming, bimbang ianya ‘mendatangkan bahaya’ pada diri anda pula.

Seperti yang terjadi di Indonesia ini dimana seorang lelaki bertindak membunuh rakan sekerjanya kerana sering mengejeknya gemuk di khalayak ramai dan menyamakannya dengan ahli sumo.

Lelaki tersebut, Ali Heri Sanjaya, 27 tahun mengaku membunuh rakannya gadis, Rosidah berusia 18 tahun kerana dendam berikutan gadis itu sering menggelarnya Boboho (watak kanak-kanak China berbadan gempal popular sekitar 90-an)


Menceritakan apa yang berlaku, Ali Heri meminta Rosidah menghantarnya pulang ke rumah selepas habis kerja menaiki motosikal.

Sampai di satu jalan, dia meminta mangsa untuk berhenti dan kemudian bertindak memukulnya dan mencekiknya sehingga mati serta membakarnya.

Ali Heri kemudian beredar dari tempat tersebut membawa motosikal milik mangsa. Hasil siasatan polis mendapati, Ali Heri merancang pembunuhan tersebut selama seminggu.


Mangsa ditemui dalam keadaan rentung dan dikenal pasti oleh ahli keluarganya berdasarkan kasut yang masih dipakai serta topi keledar yang masih dipakai di kepala mangsa.

Hasil siasatan, Ali Heri adalah orang terakhir yang dilihat bersama Rosidah dan dia ditangkap ketika keluar dari persembunyiannya di sebuah hotel di Banyuwangi selepas 8 hari diburu polis.

Laporan memberitahu, Ali Heri telah menjual motosikal mangsa dan menggunakan wang tersebut untuk membayar hutang dan membelanja isterinya.

Sumber: vitdaily.com


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2UmsvvE
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3b55tiT
via MerahHatiCintaku.blogspot.com