Saturday, 22 February 2020

Takpe Belum Ada Zuriat. Sekarang Allah Bagi Masa Honeymoon. Lepas Ni Allah Bagi Berturut-Turut Anak.


Setiap orang diberikan rezeki berbeza-beza. Ada yang dilimpahi dengan kekayaan, hidup sederhana dan ada juga yang dikurniakan anak ramai tetapi orang sebelah pula bertahun kahwin masih belum ada suara tangisan si kecil.

Namun apa sahaja yang Tuhan berikan kepada hamba-Nya adalah untuk menguji sejauh mana seseorang itu boleh mengikut segala suruhan yang diwajibkan seperti bersolat, puasa dan sebagainya.

Hidup di dunia ini jangan terlalu sombong kerana semua di atas dunia ini hanyalah pinjaman dari Allah semat-mata. Bila Dia mengkehendaki, bila-bila sahaja boleh ditarik tanpa terlambat sedikit pun.

Perkongsian wanita ini Asmidar Hanan di laman sosial Facebook ini memberi ingatan siapa kita di sisi Allah. Sila hadam dan jadikan ia nasihat yang sangat bermanfaat.

Rezeki seseorang itu berbeza-beza. Bab jodoh, anak dan sebagainya

Hidup setiap orang tak sama.


Ada orang Allah rezekikan otak yang bijak, belajar dan belajar tak henti. Ada orang lain pon minat belajar, tapi tak berapa nak pandai.

Ada orang Allah rezekikan jodoh awal. Habis SPM, terus kahwin. Ada orang nak kawin awal, tapi jodoh belum tiba.

Ada orang Allah rezekikan anak cepat. Ada orang kawin dah lama kawin, belum punya anak.

Ada orang Allah rezekikan jaga mak ayah. Kerja biasa biasa, tapi mampu bahagiakan hati mak ayah. Ada orang gajinya besar, tapi pulang jenguk mak ayah setahun sekali belum tentu.

Ada yang diberikan rezeki melimpah ruah tetapi orang lain pula ibarat kais pagi makan pagi
Ada orang Allah rezekikan harta melimpah ruah, bisnes menjadi. Ada orang dah berpuluh tahun struggle bisnes, masih kais pagi makan pagi.

Ada orang habis belajar, terus kerja gaji 5k. Ada yang dah 10 tahun habis belajar, masih lagi bergaji 2k.

Setiap orang Allah beri kebaikan, ada kelemahan juga dalam diri kita. Dan kelemahan kita tu, kelebihan pada diri orang lain.

Allah itu Maha Adil. Manusia tidak sempurna Allah ciptakan supaya kita belajar bersyukur.

Bila jumpa orang yang timeline atau aturan masa tidak sama dengan kita, kawal mulut!

Tetapi diingatkan jangan cepat mengecam, sebaliknya beri kata sokongan

Jangan cepat mengecam. Cari sisi positif, berikan kata sokongan.

“bagusnya kau ni asyik belajar. Aku doakan, kau dapat berbakti kepada anak bangsa kita.”
“takpe kau belum kawin, kau ada banyak masa untuk explore diri sendiri.”
“takpe belum ada anak. Nanti Allah akan bagi. Sekarang Allah bagi masa honeymoon. Lepas ni Allah bagi beturut turut anak untuk kau,”
“berkatnya hidup kau. Kau sempat bahagiakan mak ayah,”

Sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah beri pada kita

Kata kata positif yang kita berikan, akan buat hati kita tenang. Hati kawan kita yang mendengar juga bahagia. Bersyukur setiap Allah dah beri pada kita.

Sebab..

Sampai bila bila pon, kita tak boleh dan tak mampu paksa orang lain untuk berada dalam timeline atau aturan masa yang sama macam kita.

Sumber: https://ift.tt/2UWSGXj


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2VeT4mM
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2SRek0D
via MerahHatiCintaku.blogspot.com