Tuesday, 14 July 2020

Berkongsi Rezeki Selepas Video Tular Di Laman Sosial

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kira-kira 200 motosikal menyerbu stesen minyak Petron Kok Lanas, Kota Bharu, semalam, apabila seorang pemilik butik pakaian memberi kupon percuma untuk orang ramai mengisi minyak petrol secara percuma.

Nor Hamidi Mohd Nazir, 31, atau lebih dikenali Abe Mat berkata, 200 kupon untuk mengisi minyak diberikan kepada penunggang motosikal yang melalui kawasan berkenaan bermula 4 petang semalam.

Katanya, inisiatif memberi minyak petrol secara percuma kepada orang ramai adalah sebahagian daripada program sedekah jariah dilakukannya dalam usaha meringankan beban masyarakat.

“Idea memberi minyak percuma ini timbul secara spontan sebelum saya berbincang dengan pemilik stesen minyak berkenaan bagi merealisasikan hasrat ini dengan kos keseluruhan hampir RM2,000.

Sumbangan minyak percuma ini kali pertama diadakan. Insya-Allah jika ada rezeki dan kewangan yang mencukupi, program ini akan diadakan lagi,”

Bapa kepada dua anak ini berkata, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu dia memanfaatkan masa terluang dengan menghasilkan beberapa video pendek dan mendapat review di media sosial yang tinggi sekali gus memperoleh bayaran sebanyak RM30,000.

Hasil daripada bayaran yang saya peroleh ini, selain daripada menyumbang minyak petrol percuma, ia turut digunakan dengan memberi sumbangan kepada asnaf yang memerlukan serta membelanja pengunjung yang makan di restoran atau kedai makan di serata daerah.

Apa yang saya lakukan ini adalah datang dari hati yang ikhlas untuk menzahirkan rasa terima kasih kepada masyarakat yang banyak memberi sokongan dan bukannya untuk mencari publisiti atau menjadi popular,”

Aksi Nor Hamidi yang berpakaian pengantin mengagihkan sarapan percuma menarik perhatian pengguna jalan raya di Jalan Kok Lanas-Machang sehingga tular di media sosial.

Tindakannya itu mengejutkan sebahagian besar pengguna jalan raya kerana tidak menyangka seorang ‘pengantin’ sanggup mengagihkan makanan kepada mereka.

gambar : ohmymedia

Malah, ada yang sempat bergurau dengannya sambil bertanya sama ada pengantin perempuan sudah melarikan diri atau mengagihkan makanan kenduri yang tidak habis.

Sementara itu, seorang pelajar, Ahmad Syahir Ariffin, 19, berkata, dia bersyukur atas pemberian itu yang dianggapnya sebagai rezeki.

“Alhamdulillah, ini rezeki dan petrol hampir memenuhi tangki motosikal dan saya tidak perlu mengisi petrol untuk dua atau tiga hari,”

Semoga usaha murni Abe Mat ini berterusan dan dapat membantu mereka yang memerlukan. Hidup untuk memberi. Wallahua’alam.

Tolong share jika dah baca. Terima kasih 🙂



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3093TYz
via Denaihati.com