Sunday, 26 July 2020

Bros Gang TV Akhirnya Mengaku Video Curang RM20,000 Hanyalah Lakonan Semula


Minggu lalu tular sebuah video berkenaan seorang gadis yang sanggup curang terhadap teman lelakinya kerana RM20,000. Ia menjadi bualan ramai netizen sehinggakan ada yang beranggapan video berkenaan seperti dibuat-buat.

Bros Gang TV akhirnya mengeluarkan satu video baharu untuk menerangkan kisah sebenar di sebalik video ke-4 mereka yang dikatakan telah mencapai status fenomena.

Dalam video terbaru itu, mereka akhirnya mengaku video berkenaan adalah lakonan semula berdasarkan ‘kisah benar’ yang didengari oleh pihak mereka.


Salah satu petikan dalam video ini telah dikongsikan di ruangan Twitter dan ramai berpendapat sekiranya video ke-4 ini hanyalah rekaan lakonan semula, bermakna konten mereka sebelum ini diragui kesahihannya.


Bros Gang TV bermula dengan konten video bermodalkan isu gold digging (kaki kikis) dan walaupun mereka cuma mempunyai hanya 5 video, mereka telah mengumpul 337,000 pengikut di YouTube.


Dalam kenyataan mereka, mereka buat video berkenaan hanya sekadar entertainment based on true story. Mereka turut mendakwa netizen telah membuat andaian yang salah terhadap video tersebut sehinggakan ada yang sanggup membuat kenyataan fake mewakili pihak si gadis.



Nampaknya ramai rakyat Malaysia yang telah ‘tertipu’ dengan video ini yang mereka claim benar-benar terjadi di awalnya. Harap selepas ini netizen akan lebih berhati-hati dalam mempercayai konten yang viral di media sosial.

Sumber: The Vocket


from Sehinggit Media https://ift.tt/300g5fe
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Eo3RF1
via MerahHatiCintaku.blogspot.com