Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Puluhan ribu umat Islam membanjiri Hagia Sophia di Istanbul bagi mengambil bahagian dalam solat Jumaat pertama di masjid tersebut selepas 86 tahun.
Baca juga: Muzium Hagia Sophia Ditukar Menjadi Masjid
Malah Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan turut menyertai para jemaah menunaikan ibadah itu.
Peluang keemasan itu tidak dilepaskan umat Islam di Turki apabila ada yang sanggup menunggu di luar bangunan malam Khamis.
Walaupun ramai yang menghadiri momen bersejarah itu, langkah pencegahan COVID-19 masih dilakukan termasuk penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka.
Sebelum ini, Erdogan mengumumkan penukaran Hagia Sophia kepada masjid setelah mahkamah membatalkan status muzium di tapak tersebut.
Penukaran status bangunan bersejarah itu kepada masjid menggembirakan jutaan umat Islam di Turki meskipun ia mendapat bantahan daripada beberapa pihak.
Hagia Sophia pada asalnya dibina empayar Rom timur sebagai gereja besar pada abad keenam masihi sebelum diubah menjadi masjid oleh kerajaan Uthmaniyah pada 1453.
Statusnya sekali lagi bertukar apabila kerajaan sekular Turki menjadikannya muzium pada 1934.
Sumber: Awani
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/32XNI38
via Denaihati.com