Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Sebelum ini tular lukisan mural yang dihasilkan tiga sekawan Muhammad Suhaimi Ali, Abdul Hadi Ramli, dan Muhamad Firdaus Nordin itu sebelum ini pernah menerima lawatan beberapa pemimpin negara termasuk ketua pengarah kesihatan sendiri Datuk Dr Noor Hisham.
Pada 10 Julai lalu pula, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat mural gergasi potret pemimpin negara yang diabadikan pada sebuah dinding bangunan rumah kedai.
Hari ini lukisan mural tersebut dilaporkan telah dicemari dengan perbuatan vandalisme oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Perkara itu dikongsikan netizen sejak pagi tadi di media sosial yang menunjukkan sebahagian daripada lukisan itu diconteng dengan semburan cat berwarna merah serta perkataan kesat turut kelihatan di dinding tersebut.
Lukisan yang diconteng itu dicat semula dengan cat putih oleh kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 12.10 tengah hari tadi dengan kawalan pihak polis.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, tindakan awal telah diambil oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk proses lanjut.
“Setakat ini kita masih belum terima laporan daripada mana-mana pihak.
Kita minta individu yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian tersebut tampil untuk membantu siasatan,”
Semoga pihak berkuasa dapat mencari individu yang bertanggungjawab dan mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap si pelaku.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2CuLQUL
via Denaihati.com