Saturday, 25 July 2020

Covid-19: Perhatian kepada 2897 individu yang pulang dari luar negara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kerajaan akan memberi tempoh dua hari bermula hari ini kepada 2,897 individu yang pulang dari luar negara untuk melakukan ujian saringan COVID-19 kedua.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, jika gagal, tindakan menangkap dan mendakwa di mahkamah akan diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mulai Isnin depan (27 Julai 2020), PDRM akan mengambil tindakan menangkap dan mendakwa di mahkamah 2,897 individu yang masih belum tampil untuk ujian saringan kedua pada hari ke-13 proses kuarantin di rumah.

“Indvidu terbabit diarahkan untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat untuk melakukan ujian saringan kedua,” katanya dalam kenyataan media di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, seramai 319 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk
sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di empat stesen kuarantin di Kuala
Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.

“Mereka telah pulang dari 12 negara iaitu Indonesia, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, China dan Australia.

“Walau bagaimanapun, seramai 9,600 individu masih menjalani proses kuarantin wajib di rumah masing-masing dan Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama anggota PDRM akan membuat
pemeriksaan mengejut (spot-check) untuk memastikan semua yang terlibat mematuhi SOP yang ditetapkan,” tegasnya.

Sumber: Awani



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2ZWepDw
via Denaihati.com