Saturday, 18 July 2020

Lagi Dua Minggu Nak Kahwin, Bakal Pengantin Ditangkap Khalwat Dalam Motel


SUNGAI PETANI: Sepasang kekasih yang bakal melangsungkan perkahwinan pada awal bulan depan antara yang ditahan kerana berkhalwat di sebuah motel di Bedong, Kedah, pada Khamis.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 29 tahun itu mengaku hadir ke Pejabat Agama Daerah Sik pagi Khamis bagi menghantar borang nikah sebelum mendaftar masuk ke motel itu.

Wanita terbabit yang berasal dari Sik dan bekerja di sebuah kilang di Kulim mendakwa akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya itu pada 3 Ogos depan.


"Selain pasangan ini, kami turut menahan enam lagi pasangan dalam operasi di sekitar daerah Kuala Muda dan Yan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Syeikh Radzi, operasi yang diadakan bermula dari jam 10 malam sehingga 5 pagi itu melibatkan kawasan Gurun, Bedong, Jeti Semeling, Bandar Puteri Jaya, Taman Jubli Perak, Dataran Jam Besar dan Riverfront.

Semua pasangan yang ditahan ini akan disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana berkhalwat.

Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/3jd0JMd
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2DYXvMb
via MerahHatiCintaku.blogspot.com