Saturday, 18 July 2020

Jangan terlalu selesa dengan angka penurunan Covid-19 di Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Rakyat Malaysia mungkin semakin ‘selesa’ selepas kes COVID-19 dilaporkan semakin menurun sehingga menyebabkan ada sesetengah daripada mereka tidak lagi mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dengan lebih ketat.

Baca juga: 4 Kluster Baharu Dikesan Selepas Pulang Dari Luar Negara

Pengerusi Perikatan Komuniti Selamat (Ikatan), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, rakyat melakukan tugas dengan sangat baik dalam meratakan lengkungan kes dan usaha itu harus berterusan bagi memastikan apa yang dilakukan selama ini tidak sia-sia.

Jelasnya, sekiranya rakyat tidak berhati-hati dan leka, tidak mustahil jumlah kes kembali meningkat.

“Kita harus terus berwaspada. Faktanya adalah bahawa virus masih ada di tengah kita dan musuh tidak dapat dilihat.

“Walaupun kita bangga mengetahui bahawa ramai yang memakai topeng muka di tempat awam, masih ramai yang tidak melakukannya di tempat yang sesak di mana terdapat kemungkinan penyebaran penyakit ini.

“Ada yang dilihat memakai pelitup muka di leher mereka dan bukan di wajah mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mewajibkan semua orang memakai pelitup muka namun semuanya terletak pada inisiatif rakyat itu sendiri untuk mengamalkannya.

Bahkan, katanya, masih ramai tidak mengamalkan penjarakan sosial sedangkan ia merupakan antara aspek terpenting dalam mengawal penularan virus berkenaan.

Dalam pada itu, Lam Thye berkata negara kini sedang menuju fasa pemulihan dan masyarakat perlu melakukan segala yang mungkin untuk memastikan kejayaan berterusan namun

“Kita, rakyat biasa adalah frontliners baharu dalam memerangi penyakit ini. Doktor, jururawat, pekerja hospital dan kakitangan perubatan lain adalah barisan hadapan yang sebelum ini telah melakukan kerja luar biasa dalam meratakan lengkungan.

Baca:  Jumlah covid-19 seluruh dunia mencecah 12 juta

“Walaupun mereka terus memikul tanggungjawab utama untuk menjaga keselamatan kita, sekarang kita semua harus melakukan yang selebihnya, sebagai pelapis frontliners yang baharu,” ujarnya.

Kes positif COVID-19 di Malaysia kembali kepada dua digit berikutan terdapat 18 lagi kes baharu positif yang dilaporkan pada Jumaat.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini, ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 8,755 kes.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 ialah 92 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sumber: Awani



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2DXjoLR
via Denaihati.com