Friday, 10 July 2020

Muzium Hagia Sophia Ditukar Menjadi Masjid

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kerajaan Turki dibenarkan untuk menukar status bangunan ikonik, Hagia Sophia yang ketika ini berfungsi sebagai muzium kepada masjid.

Mahkamah Tinggi Turki mengeluarkan keputusan tersebut selepas Majlis Negara mengemukakan petisyen yang dikeluarkan oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan kabinet pada 1934 yang mengubah bangunan itu kepada muzium.

Baca : Kembara tempat menarik di Istanbul

Ini adalah langkah kontroversial kerana Hagia Sophia yang berusia 1,500 tahun didirikan sebagai sebuah katedral (gereja besar).

Ia ditukar menjadi masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul atau juga dikenali sebagai Constantinople. Namun, pada tahun 1934 ia dijadikan sebuah muzium.

Hagia Sophia adalah tapak Warisan Dunia Unesco.

Unesco sebelum ini menggesa Turki untuk tidak mengubah statusnya tanpa perbincangan. Perubahan status itu adalah janji Presiden Recep Tayyip Erdogan ketika pilihan raya lalu.

Baca : Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki

Umat Islam di Turki telah lama menuntut agar Hagia Sophia ditukarkan semula kepada masjid tetapi pembangkang telah menentang usaha tersebut.

Usul tersebut telah menimbulkan kritikan daripada para pemimpin agama dan politik di seluruh dunia.

Ketua Gereja Ortodoks Timur telah mengecam cadangan itu, begitu juga dengan Yunani – tempat tinggal berjuta-juta pengikut Ortodoks.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/327s1O0
via Denaihati.com