Pada 8 Jun lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri telah umumkan yang RM50 akan diberikan ke dalam e-wallet rakyat Malaysia apabila dorang muat turun aplikasi MySejahtera.
Sejak itu, ramai orang mula berlumba-lumba untuk muat turun aplikasi tersebut sehingga crashed! Kerana ini, Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah menasihatkan netizen untuk memberi masa bagi mengelakkan kesesakan di aplikasi MySejahtera.
Pun begitu, selepas muat turun aplikasi ini, ramai yang perasan e-wallet dorang dalam aplikasi ni masih kosong.
Tapi korang jangan risau! Sebentar tadi, Public Health Malaysia baru memberitahu yang kerajaan belum lagi masukkan duit tersebut dan ia masih dalam proses. Mereka juga turut meminta korang untuk bersabar dan pengumuman tentang perkara ini akan dibuat tak lama lagi.
Dorang menasihati rakyat Malaysia untuk muat turun aplikasi ini dan gunakan dulu kerana bila orang download last minute, aplikasi akan hang dan buatkan pengguna lain susah.
Kalau korang jenis selalu keluar rumah, korang memang sangat dinasihatkan untuk download aplikasi ni supaya dapat mudahkan urusan korang.
Benda ni pun memang bagus untuk kita, tak payah dapat RM50 pun takpelah. Kan #kitajagakita?
Sumber: Lobakmerah.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/38jUBNb
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3f4Zlsg
via MerahHatiCintaku.blogspot.com