Assalamualaikum dan Selamat sejatera,
Puasa Ramadhan, puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat Arafah serta banyak lagi puasa sunat yang lain menunjukkan kepada kita bahawa puasa bukanlah ibadah wajib semata-mata yang ditunaikan oleh umat Islam di bulan Ramadan, namun boleh juga dilakukan pada bulan-bulan lain.
Puasa sunat, walaupun ia merupakan ibadah sunat yang boleh sahaja ingin dilakukan atau tidak, namun boleh dilakukan jika ingin meraih kesihatan badan sekali gus mendapat pahala sunat dan kelebihannya.
Dalam masa yang sama, kalau kita melihat kepada kajian yang telah dilakukan oleh kebanyakan pakar juga, rata-rata mereka bersetuju dengan pendapat bahawa berpuasa merupakan salah satu cara yang bagus untuk sihat.
Dari segi Islam pula, terdapat beberapa dalil yang disebut mengenai kelebihan puasa, iaitu;
1 – Mendapat Pahala Yang Tidak Terhingga
Apabila berpuasa, seseorang itu perlu bersabar dan sentiasa menahan dirinya daripada makan serta minum. Bukan itu sahaja, mereka perlu bersabar dengan godaan-godaan yang ada. Disebabkan itu, Allah melimpahkan pahala tanpa batas kepada orang-orang yang bersabar.
Mafhum: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Surah Az-Zumar, 39:10)
2 – Puasa Yang Boleh Memberi Syafaat
Maksud: “Amalan puasa dan amalan Al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Amalan puasa akan berkata: “Wahai tuhanku, saya telah menahannya dari makan dan nafsu syahwat, kerananya perkenankan aku untuk memberikan syafaat kepadanya.” Dan amalan Al-Quran pula berkata: “Saya telah melarangnya dari tidur pada malam hari. Kerana itu, perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya.” Beliau bersabda: “Maka, syafaat keduanya diperkenankan.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1913)
3 – Amalan Puasa Khusus Untuk Allah
Maksud: “Allah taala berfirman yang bermaksud: “Setiap amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa. Amalan puasa adalah untukku.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1904)
Kesimpulan
Banyak lagi kelebihan yang dinyatakan untuk membuktikan kelebihan berpuasa. Sama ada puasa yang dijalankan itu adalah puasa wajib mahupun sunat, kelebihannya tetap besar di sisi Allah.
Jadi, cuba praktikkan diri anda untuk mengamalkan puasa sunat. Sama ada ia setiap sebulan sekali atau seminggu sekali, asalkan kita cuba untuk melakukannya.
sumber: tzkrh.com
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/38Hgg24
via Denaihati.com