Tuesday 15 May 2018

Akan Ada Watak Adiwira Muslim Dalam Marvel Tak Lama Lagi


Watak Ms Marvel atau Kamala Khan akan dibawa ke layar perak menurut Presiden Marvel Studios, Kevin Feige yang memberitahu stesen berita United Kingdom, BBC. 

Khan adalah watak gadis berdarah Pakistan yang beragama Islam tetapi dilahirkan dan dibesarkan di New Jersey, Amerika Syarikat. 


"Captain Marvel sedang dalam proses penggambaran bersama Brie Larson. Kami agak pasti bahawa kami akan membawa watak Ms. Marvel, iaitu salah seorang karakter dari komik, iaitu adiwira beragama Islam yang diinspirasikan dari watak Captain Marvel, ke peringkat lain. Kami mempunyai perancangan sendiri setelah memperkenalkan Captain Marvel kepada dunia."

Ms Marvel mempunyai keupayaan untuk mengubah bentuknya mengikut situasi. 

Filem Captain Marvel dijangka akan menemui peminat pada bulan Mac 2019.

Sumber: https://era.je


from Sehinggit Media https://ift.tt/2jXCjbV
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2IoEksi
via MerahHatiCintaku.blogspot.com