Tuesday, 15 May 2018

Ramadan Paling Manis Kerana Dapat Sambut Bersama Ayah - Nurul Izzah


KUALA LUMPUR: "Awak tidak dapat bayangkan betapa gembiranya kami kerana Ramadan kali ini akan menjadi yang paling manis selepas sudah banyak kali tidak dapat menyambutnya bersama (ayah, Datuk Seri Anwar Ibrahim).

Demikian reaksi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah ketika ditanya perasaan beliau melawat bapanya itu buat kali terakhir malam tadi sebelum pemimpin reformasi itu dijangka dibebaskan tengah hari esok.

Nurul Izzah yang dilihat begitu teruja berkata, walaupun begitu, beliau masih tidak melupakan "keluarga" besarnya di Permatang Pauh dan akan mengaturkan majlis berbuka puasa bersama mereka sebagai Ahli Parlimen kawasan berkenaan.

"Pembebasan ini adalah pemberian termanis di mana semua cucu (Anwar) akan berkumpul berbuka puasa dan bersahur bersama.


"Tentulah keluarga terbesar saya adalah rakyat di Permatang Pauh dan saya juga akan berbuka puasa bersama mereka juga di sana," katanya ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, PKR berjuang melakukan reformasi sejak lama dahulu kerana ia bukanlah disebabkan ayahnya semata-mata tetapi juga kerana mahu menegakkan keadilan.

Terdahulu petang tadi, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketua pemimpin reformasi itu akan dibebaskan dari wad Hospital Rehabilitasi Cheras selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan di Istana Negara, esok.

Katanya, beliau difahamkan, sebaik sahaja Lembaga Pengampunan memperakukan syor pembebasan dan pengampunan penuh, pembebasan Anwar akan bermula dari Hospital Rehabilitasi Cheras tengah hari dan tidak perlu ke Penjara Sungai Buloh.


Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2L2jctN
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2KpJXag
via MerahHatiCintaku.blogspot.com