Monday 14 May 2018

Ketua Hakim Negara Didesak Letak Jawatan


SHAH ALAM - Selepas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah kini giliran Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif pula didesak supaya melepaskan jawatan.

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berpendapat, Raus wajar meletakkan jawatan serta merta sebelum diambil tindakan ditribunal atau dipecat.


"Seperti kita tahu, pelantikan beliau berselirat dengan kontroversi yang melibatkan Perlembagaan Persekutuan, 'our highest law of the land'," katanya menerusi status dimuat naik di laman Facebooknya, hari ini.

Hanipa mendakwa, Raus hanya sesuai menjadi ketua Hakim Negara ketika era BN dan bukan Pakatan Harapan (Harapan).

"Insya-ALLAH akan buat satu reformasi ke atas badan kehakiman dan saya tak nampak Raus masih sesuai untuk berkhidmat dalam persekitaran baru itu nanti," katanya.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/2IjTSOf
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2IeVFbk
via MerahHatiCintaku.blogspot.com