Wednesday, 23 May 2018

Tarikh Hari Raya Puasa, Aidilfitri 2018 di Malaysia


Hari Raya Aidilfitri merupakan hari cuti keagamaan yang disambut oleh orang Islam.

Hari Raya secara umumnya bermaksud ‘hari perayaan’, dan Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang menandakan berakhirnya Ramadan, bulan suci dimana umat Islam berpuasa dari waktu subuh sehinggalah terbenam matahari. Ia dianggap sebagai salah satu dari dua perayaan yang paling penting bagi umat Islam, selain Hari Raya Haji – sempena peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim.

Hari Raya merupakan salah satu perayaan terbesar di Malaysia, dan ramai orang Islam (dan juga bukan Islam) memandu pulang atau terbang ke pangkuan keluarga mereka untuk beberapa ketika bagi bersama dengan keluarga dan orang tersayang. Kebiasaanya sering berlaku kesesakan semasa perjalanan pulang tetapi ianya akan reda sebaik sahaja kesemua mereka sampai ke destinasi masing masing.


Hari Raya Aidil Firi menyaksikan kaum keluarga dan rakan-taulan saling memohon kemaafan sesama mereka, beribadat di masjid dan mengunjungi saudara-mara serta rakan-rakan sambil menikmati juadah Melayu tradisional seperti ketupat, rendang, sate, lemang dan juga kari. Di Malaysia, kanak-kanak di berikan sedikit duit saguhati oleh ibu bapa mereka atau mereka yang lebih berusia.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2018




from Sehinggit Media News https://ift.tt/2KMFIpq
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2KJq9Pt
via MerahHatiCintaku.blogspot.com