Monday 14 May 2018

'UMNO Tak Boleh Ada Dalam PH' - PM


PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua - Ketua Setiausaha Kementerian dan menerima kunjungan hormat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak sebarang penyertaan dan kerjasama UMNO dalam Pakatan Harapan (PH).

Dr Mahathir berkata, parti UMNO itu sendiri belum tentu sah atau tidak.


"Parti UMNO tidak boleh ada dalam PH," katanya pada sidang media, di Putrajaya, hari ini.

Ditanya lanjut adakah UMNO kini berdepan isu pembatalan sekiranya siasatan dilakukan terhadap pendaftaran parti itu, Dr Mahathir berkata, proses itu terserah kepada mahkamah untuk memutuskannya.

"Malah, ia juga terserah kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk menentukan status pendaftaran UMNO," katanya.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/2wzRSzM
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2wBsrxG
via MerahHatiCintaku.blogspot.com