Wednesday, 16 May 2018

GST Dimansuhkan. Kerajaan Tidak Lagi Mengutip GST - Tun Mahathir


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan seperti mana dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan.

Menurutnya, beliau telah mengeluarkan arahan supaya kerajaan tidak lagi mengutip GST.

"Kita akan bayar balik kepada mereka yang membuat tuntutan. 

Kerajaan sebelum dah pungut lebih daripada yang dibayar dalam cukai GST," katanya dalam sidang media di sini hari ini.


Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beberapa undang-undang distruktur semula termasuk Akta Anti Berita Tidak Benar 2018, akta berkaitan kebebasan media dan berucap, akta berkaitan keselamatan kebangsaan dan beberapa akta lain.

PENGENAAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST) PADA KADAR SIFAR.


Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Gnwptz
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2k2082m
via MerahHatiCintaku.blogspot.com