Tuesday 15 May 2018

Shahrir Samad Letak Jawatan, Apandi Ali Bercuti, Dzulkifli Ahmad Tamat Kontrak


KUALA LUMPUR: Hari ini, dua individu telah mengumumkan pelepasan jawatan manakala seorang lagi dipindah ke jabatan lain selepas Pakatan Harapan secara rasmi dipilih untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkuat kuasa hari ini.


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad, 50 tahun memaklumkan telah menghantar surat penamatan kontraknya kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa hari ini dan akan melaporkan diri kembali ke Pejabat Peguam Negara esok.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah telah dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkuatkuasa serta mereta, kata Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Ali Hamsa.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2IjDXPD
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2jVFYac
via MerahHatiCintaku.blogspot.com