Monday 14 May 2018

Bos SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad Letak Jawatan


Tan Sri Dzulkifli Ahmad,50, sebentar tadi dilaporkan telah melepaskan jawatan yang disandangnya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor Bernama.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Tan Sri Dzulkifli Ahmad telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa pagi tadi.

Beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa pada 1 Ogos 2016 dengan tempoh perjawatan sehingga 31 Julai 2021 bagi menggantikan Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed yang tamat perkhidmatannya.


Dalam desas desus di media sosial, nama Abu Kassim juga disebut-sebut bakal memegang jawatan itu sekali lagi susulan peletakan jawatan oleh Ketua Pesuruhjaya kini.


Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Ij1X5B
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2IGjOXu
via MerahHatiCintaku.blogspot.com