Wednesday, 16 May 2018

"Hanya Kerana Seseorang Itu Tidak Gemar Meninggi Diri, Tak Bermakna Dia Tak Berharga…" – Lelaki Luah Rasa Kecewa Mat Sabu Dijadikan Bahan Ketawa Netizen


Terbaca komen ramai kawan-kawan daripada pasukan yang kecewa, melekeh-lekehkan Presiden Amanah, Mat Sabu seolah-olah beliau hanya pandai melawak dan tidak layak untuk menjadi seorang menteri.


Sebagai orang yang mengenali beliau daripada kecil lagi, aku ada beberapa benda yang aku boleh kongsi:

Perangai melawak itu adalah wajahnya di khalayak. Dengan melawak begitu, ramai yang mahu mendengar ceramah beliau, lalu mesej yang dibawa berjaya dikongsi dengan lebih ramai pendengar.

Namun, secara pribadi, Mat Sabu lebih suka berbincang topik-topik yang berat. Falsafah perjuangan, gerak kerja gerakan Islam, perkembangan politik dunia. Sebab itu aku lebih suka berjumpa dengan Mat Sabu di rumah atau tempat-tempat private lain. Banyak ilmu aku dapat. Kalau jumpa di tempat awam, duduk ramai-ramai dia akan kembali kepada public persona asalnya.


Satu lagi bidang yang menjadi kekuatan Mat Sabu adalah sejarah. Dia boleh ingat fakta-fakta sekali dengan tarikh-tarikh. Kalau dia mahu dia bercerita tentang kronologi kejatuhan Khilafah Islamiyah, rasa dah macam masuk kelas sejarah. Tabik spring aku.


Hasil daripada penglibatan berpuluh-puluh tahun dalam PAS, Mat Sabu juga telah membina jaringan persahabatan dengan pimpinan negara Islam dan gerakan Islam dunia. Pimpinan Ikhwan, Hamas, Hizbullah dan lain-lain semua kenalan.

Sebab itu ada musuh mainkan gambar dia dengan ulama’ Iran konon bukti dia Shiah. Kalau dengar dia cerita sejarah gerakan-gerakan Islam ni, A pecah jadi B and C, siapa lead factions mana, sudah macam kena hafal sejarah masa mahu sertai skinhead.

Bila tengok dia melawak, ramai yang beranggapan yang dia ini seseolah low class sampai ke tahap tidak tahu berbahasa Inggeris. Bro, yang dia pergi ke luar negara, berjumpa dengan pimpinan merata itu, kau ingat dia sembang dalam bahasa Melayu ke?

Di dalam Malaysia ini juga, jaringan sahabat dia dari Perlis, membawa ke Johor dan terus ke Sabah. Dalam 1,2 peluang aku ikuti dia ceramah kecil-kecil dulu, berhentilah di mana sahaja, ada kawan-kawan yang akan dihubungi dan teman dia makan. Pernah sekali dalam perjalanan ke KL kalau tidak silap, telefon dia terjatuh masuk ke dalam kolah surau, habis rosak. Singgah di hentian seterusnya, terjumpa kawan di sana, ada yang terus hadiahkan telefon baru untuk beliau.


Tahun lepas aku berpeluang mengikuti beliau mengamati perjalanan Pemilihan Walikota Jakarta. Di sana, beberapa pertemuan di atur dengan tokoh-tokoh pimpinan Indonesia. Mat Sabu ternyata tidak kekok berbincang pelbagai isu politik di Indonesia dan serantau.

Jadi kawan-kawan, hanya kerana seseorang itu tidak gemar meninggi diri, tak bermakna dia tak berharga.

Berikan dia peluang untuk buktikan dirinya. Beliau sudah pun buktikan kegigihan menentang kezaliman sehingga keluar masuk ISA sebelum ini.

Sumber : Sheikh Khuzaifah Bawazeer via http://www.ohmymedia.cc


from Sehinggit Media https://ift.tt/2rNmmsr
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2k1LdFC
via MerahHatiCintaku.blogspot.com