Seorang wanita maut dibelasah penduduk kampung gara-gara khabar angin yang menuduhnya adalah seorang penculik kanak-kanak. Manakala beberapa anggota keluarganya turut tercedera setelah menjadi mangsa kepada tuduhan yang sama.
Mangsa, Rukmani, 65, diserang di daerah Tiruvannamalai, Tamil Nadu di Selatan India. Tindakan wanita terbabit yang bermesra dan memberi gula-gula kepada kanak-kanak telah menimbulkan kebimbangan hingga mangsa dituduh sebagai penjenayah.
Penduduk kampung yang mendengar khabar angin mengenai wanita itu tidak teragak-agak untuk menyerang dan memukulnya hingga maut.
Pihak polis sudah pun mengenal pasti mangsa lain yang cedera dalam serangan itu. Mereka adalah Venkatesan, 52, S. Mohan Kumar, 33, Candrasekheran, 34, dan R. Gajendran.
Kesemua mangsa yang merupakan satu keluarga adalah penduduk luar yang datang bercuti di tempat tersebut selain bertujuan untuk mengunjungi Kuil Muthumariamman.
Serangan ganas tersebut bermula apabila mangsa yang maut singgah di salah sebuah rumah penduduk setempat untuk bertanyakan arah pada seorang warga emas. Ketika itu, beberapa orang kanak-kanak dilaporkan turut ada bersama warga emas tersebut.
Melihatkan kanak-kanak tersebut yang sedang bermain, Rukmani kemudian bertindak mengagihkan gula-gula kepada kanak-kanak tersebut.
Warga emas tersebut yang meragui niat mangsa kemudian memaklumkan kepada penduduk setempat mengenai kemungkinan adanya penculik kanak-kanak di kawasan mereka.
Penduduk setempat yang mendapat khabar itu mula bertindak memburu keluarga tersebut dan menyoal tujuan kehadiran mereka di kawasan itu.
Mangsa-mangsa yang ketakutan cuba bertindak melarikan diri menggunakan kenderaan namun berjaya dihalang penduduk yang bertindak mengepung dan membaling batu pada kenderaan tersebut.
Mereka kemudian ditarik keluar daripada kenderaan dan dipukul dengan teruk oleh penduduk kampung yang marah dan percaya dengan khabar angin dibawa warga emas sebelum ini.
Laporan turut menyebut bahawa mangsa ada menunjukkan kad pengenalan bagi menyakinkan bahawa mereka bukan penculik kanak-kanak seperti yang didakwa.
Pihak polis dalam pada itu mengesahkan pihaknya telah menahan seramai 43 orang penduduk kampung atas dakwaan membunuh.
''Kami sudah menerima laporan sejak beberapa hari lalu membabitkan insiden yang sama.
''Kami cuba mendidik masyarakat setempat suapaya tidak mudah mempercayai khabar angin dan membuat laporan polis terlebih dahulu jika mengesyaki sesuatu,'' kata jurucakap polis.
Ini bukan kejadian pertama yang berlaku di kawasan tersebut. Pada 22 April lalu, seorang remaja maut dan beberapa rakannya yang lain cedera parah selepas dipukul akibat khabar angin yang sama.
Pada 29 April pula, seorang lelaki berusia 30 tahun turut maut dibelasah apabila penduduk kampung tersalah anggapnya sebagai seorang perompak.
Sumber: Siakapkeli
from Sehinggit Media https://ift.tt/2ImiFBd
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2jW83hK
via MerahHatiCintaku.blogspot.com