Sebelum ini, pengacara terkenal, Nabil Ahmad telah berjanji untuk menghantar tiga orang peminat bertuahnya mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah sempena menyambut Ramadan, dan hasratnya itu telah tercapai.
Beliau juga telah memuat naik gambar di Instagramnya untuk mengabadikan detik-detik indah bersama peminat dan keluarga individu bertuah tersebut.
Niat yang murni.
Nabil sebenarnya sudah lama berhasrat untuk menghantar peminat kurang berkemampuan menjejak kaki seterusnya menunaikan umrah di Tanah Suci.
Niat Nabil adalah ikhlas dan bukan mahu bersikap riak. Beliau juga ingin membantu mereka yang sangat teringin mahu menjejak kaki ke Tanah Suci.
Tahniah kepada peminat bertuah.
Tiga peminat bertuah itu terdiri daripada, Zaharah Teh, 69 tahun, Zaime Abu Yamin, 47 tahun dan Mohammad Shahrul Mohammad Nazal, 27 tahun. Mereka telah berangkat ke Tanah Suci pada Sabtu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan dijangka pulang ke tanah air pada 23 Mei depan.
Sumber: http://www.ohmymedia.cc
from Sehinggit Media https://ift.tt/2ImCWqf
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2jYTjPi
via MerahHatiCintaku.blogspot.com