Monday 14 May 2018

Istana Serah Surat Kepada Musa


KOTA KINABALU: Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Abinan Asli sebentar tadi menyerahkan surat pemberitahuan daripada Tun Juhar Mahiruddin bahawa Tan Sri Musa Aman bukan lagi Ketua Menteri.

Surat berkenaan diserahkan kepada Setiausaha Sulit Musa, Effendy Sunoh di Restoran BTC Inanam, di sini, jam 11.34 pagi.

Bercakap kepada media, Abinan berkata, kandungan surat adalah mengatakan Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah bukan lagi Ketua Menteri, berkuat kuasa 12 Mei lalu.

Terdahulu, Abinan dan beberapa pegawai istana diiringi anggota polis tiba di luar rumah Musa di Luyang di sini, untuk menyampaikan surat berkenaan namun tidak dapat memasuki kediaman itu.

Difahamkan, surat itu diserahkan di restoran berkenaan kerana kebetulan Effendi sedang minum di premis terbabit.

Sementara itu, Musa dipercayai sudah berlepas ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Malindo Air pada jam 9 pagi tadi.

Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada malam Khamis lalu, tidak hadir ke Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PNNS), sebaliknya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mengangkat sumpah jawatan malam kelmarin, memulakan tugasnya di bangunan pentadbiran itu pada jam 10.45 pagi. - BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2KYJi0P
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Ih98LG
via MerahHatiCintaku.blogspot.com