Saturday, 2 May 2020

Anggota Polis Maut Ketika Bertugas Akibat Dilanggar Kenderaan Hilang Kawalan


KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya Op Covid di Plaza Tol Kajang Selatan lebuh raya LEKAS maut dilanggar sebuah kenderaan dipercayai hilang kawalan

Mangsa, Safwan Muhammad Ismail, 31, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang mengalami kecederaan di kepala dan badan akibat dihempap oleh Toyota Hilux selepas dilanggar kenderaan itu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk siasatan lanjut.

Suspek yang turut cedera dalam kemalangan tersebut dirawat di hospital yang sama





from Sehinggit Media https://ift.tt/3bXxEQV
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2WqJfBw
via MerahHatiCintaku.blogspot.com