Friday, 22 May 2020

Tiada Lagi Alasan. Kelonggaran Suami Isteri Berjauhan Rentas Negeri Ditarik Balik


PUTRAJAYA - Kelonggaran merentas negeri bagi suami atau isteri berjauhan atas faktor bekerja yang diberikan sebelum ini turut ditarik balik oleh kerajaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selaras dengan larangan rentas negeri yang dibuat olehnya semalam.

"Tidak kira suami atau isteri (yang berjauhan atas faktor kerja), tiada lagi pergerakan rentas negeri seperti yang saya sebut semalam," katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Ditanya mengenai lebuh raya utama menuju ke utara dan ke pantai timur mengalami kesesakan teruk malam tadi, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"Seperti saya kata sebelum ini, mereka yang lepas balik ke kampung itu belum ada jaminan lepas balik semula ke bandar tanpa dikenakan tindakan oleh polis. "Mereka berebut-rebut pulang ke kampung malam tadi mungkin ada yang mendapat kebenaran dan juga tidak. Mungkin ada juga yang diarahkan untuk berpatah balik.

"Apa pun kita serahkan kepada PDRM untuk menggunakan budi bicara mereka," katanya.

Beliau turut difahamkan, tindakan kompaun dan arahan berpatah balik turut dilaksanakan.

"Kita tunggu sahaja berapa jumlah yang dikenakan tindakan," katanya.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/3cXI8Ai
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2LSzqax
via MerahHatiCintaku.blogspot.com