Putrajaya, 20 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan Kedah dan Kelantan hilang status negeri zon hijau selepas masing-masing mencatatkan satu kes baru hari ini.
Dalam kenyataan media KKM hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu kes melibatkan seorang pelajar telah dikesan dalam saringan COVID-19 di Kedah.
“Ia sebahagian dari keperluan untuk saring pelajar yang pulang ke Sabah dan Sarawak. Jadi kami jalankan saringan (yang sama) ke atas 271 pelajar, seorang daripadanya positif COVID-19.
“Sebaik sahaja mengetahui pesakit positif COVID-19, kami akan asingkan pelajar tersebut. Kini kami sedang mengenalpasti kes aktif melibatkan kontak rapat pelajar berkenaan,” katanya.
Tambahnya, KKM masih menyiasat bagaimana jangkitan tersebut berlaku dan tidak menolak kemungkinan ia berlaku melibatkan kontak rapat antara rakan-rakan.
Pengumuman lanjut akan menyusul setelah siasatan selesai, katanya ketika menjawab soalan wartawan.
Kedah dan Kelantan telah merekodkan masing-masing satu kes baharu positif #COVID19 sekaligus hilang status negeri zon hijau. pic.twitter.com/X4mAvTakso— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 20, 2020
Sumber: KKM via Siakapkeli
from Sehinggit Media https://ift.tt/3bIZ0cl
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3e7UaHr
via MerahHatiCintaku.blogspot.com