Pakar perubatan menjangkakan pandemik Covid-19 tidak akan berakhir dalam tempoh yang singkat dan akan berada di sekitar kita sekurangnya-kurangnya dalam tempoh dua tahun.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berikutan itu tidak mungkin kerajaan akan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun sehingga wabak ini berakhir.
”Pakar-pakar perubatan mengatakan Covid-19 akan berada di sekitar kita, sekurang-kurangnya dalam masa dua tahun, bermakna bahayanya sentiasa berada di sekeliling kita.
”Tak mungkin kerana Covid-19 berada di sekitar kita selama dua tahun, maka PKP akan diteruskan selama dua tahun, tidak mungkin,” kata beliau.
Tambah Ismail Sabri, langkah melonggarkan PKP adalah bagi membantu ekonomi rakyat terutamanya peniaga kecil yang kehilangan sumber pendapatan sepanjang PKP dilaksanakan.
Oleh itu, tanggungjawab untuk melindungi diri adalah bergantung kepada individu itu sendiri bagi mencegah jangkitan.
”Apabila kita memberi ruang kepada peniaga-peniaga kecil untuk membuka perniagaan mereka kerana kita sedar bahawa mereka menghadapi masalah yang amat besar selama ini kerana langsung tidak mempunyai pendapatan, sebab itu kita buka.
”Tetapi, tanggungjawab untuk melindungi diri sendiri masih tertakluk kepada setiap individu,” ujar beliau.
Sumber: Bernama TV via Siakapkeli
from Sehinggit Media https://ift.tt/2WhsQPC
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3fjPHmu
via MerahHatiCintaku.blogspot.com