Saturday, 16 May 2020

Polis Akan Kompaun Individu Yang Cuba Rentas Negeri Tanpa Kebenaran


KUALA LUMPUR: Polis akan mengenakan kompuan ke atas pemandu yang berdegil dan melanggar larangan rentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata masih ada individu melanggar larangan berkenaan dengan memberi pelbagai alasan.

"Mesyuarat hari ini memutuskan tindakan kompaun boleh dimulakan oleh pihak polis.

"Saya harap tidak perlu sampai kompaun. Duit bayar kompaun boleh bayar benda lain. Patuh setiap arahan kerajaan," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, semalam saja, kira-kira 500 kenderaan yang cuba merentasi negeri kerana mahu balik kampung diarahkan berpatah balik.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Ax4GcB
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2WAcdQo
via MerahHatiCintaku.blogspot.com