Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu selesa dengan kelonggaran yang diberikan ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut beliau, rakyat seolah-olah melihat tiada penguatkuasaan undang-undang ekoran kelonggaran yang diberikan ketika PKPB dilaksanakan selain turut menerima laporan ketidakpatuhan orang ramai terhadap undang-undang yang telah ditetapkan.
“Apabila kita longgarkan penguatkuasaan, kita harapkan rakyat patuh dengan undang-undang yang telah dikeluarkan kerana bimbang berlakunya kes COVID19 yang baharu.
“Saya ingin beri peringatan bahawa PKPB bukan boleh terus kekal, mungkin boleh diperketatkan semula tetakluk kepada kepatuhan daripada rakyat dan kalau banyak berlaku ketidakpatuhan bukan satu perkara yang mustahil untuk kita kembali semula kepada penguatkuasaan PKP.”

Tegas beliau, meskipun kerajaan telah memberi sedikit kelonggaran ketika PKPB, pelaksanaan undang-undang menerusi Akta 342 masih dijalankan seperti biasa yang boleh dikenakan kompaun RM1,000 atau denda penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu beliau turut mengarahkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk terus mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang dikesan melanggar peraturan yang telah ditetapkan sepanjang PKPB.
“Pada fasa ini pihak polis masih ambil pendekatan untuk beri nasihat dan amaran bagaimanapun laporan yang kita terima daripada pihak polis banyak berlaku ketidakpatuhan sepanjang PKPB.
“Kita sudah putuskan fasa nasihat dan beri amaran telah berakhir, dan pihak polis diberikan kuasa untuk ambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang gagal patuhi SOP atau peraturan yang telah ditetapkan di bawah PKPB,” kata beliau lagi.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/360pp4l
via Denaihati.com