Friday, 15 May 2020

Sekitar Suasana Solat Jumaat Yang Dilaksanakan Di Beberapa Buah Masjid Hari Ini


Solat Jumaat di sesetengah negeri telah dibenarkan bermula pada hari ini dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh setiap jemaah.

Bilangan jemaah juga telah dihadkan buat masa ini bagi mengelak sebarang jangkitan Covid-19. Terdapat beberapa SOP yang dipatuhi oleh jemaah yang hadir untuk mengerjakan solat Jumaat pada hari ini.

Menerusi laman Twitter, agensi berita Bernama ada berkongsikan beberapa foto yang memaparkan suasana solat Jumaat di beberapa buah masjid.


Antara suasana yang dapat dilihat adalah di Johor, Perak dan Pahang.




Masjid Negara, Kuala Lumpur juga merupakan masjid yang dibenarkan untuk mengadakan solat Jumaat.  Ini merupakan kali pertama solat Jumaat dibenarkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan mula dilaksanakan sejak 18 Mac lalu


Sementara itu, menerusi Twitter House of Pahang, KDYMM Pemangku Raja Pahang juga menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.


Sumber: Bernama via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Z5kIEJ
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2LrppRk
via MerahHatiCintaku.blogspot.com